Sultan Selangor cuma bertitah tak sekat Bon Odori, tidak minta pandangan PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam pertemuan dengan PAS Selangor hanya menyatakan pendirian Baginda tidak menyekat festival kebudayaan Jepun, Bon Odori yang akan diadakan 16 Julai ini.

Menurut Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Munir Bani dalam kenyataan pada Jumaat, Tuanku hanya menyatakan tentang pendirian Baginda tidak menyekat festival kebudayaan Jepun “Bon Odori” yang akan diadakan di Negeri Selangor yang pada pandangan Baginda hanya berunsur kebudayaan semata-mata.

“Baginda juga tidak menghalang mana-mana orang Islam untuk menghadirinya sehinggalah satu kajian mendalam dilakukan terhadap festival berkenaan sama ada ianya berunsur keagamaan atau kebudayaan bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat khususnya masyarakat Islam,” jelas Munir.

Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir yang disiarkan di dalam FMT bertarikh 16 Jun 2022, di bawah tajuk “Tiada Masalah antara kami, kata PAS Selangor selepas menghadap Sultan” yang mana di dalam kandungan berita tersebut memetik sebagai berkata “Baginda ingin tahu pendirian kami dalam perayaan Bon Odori.

Laporan itu mengatakan, Baginda memberi pandangan dan kami (PAS) juga sampaikan kepada Baginda bahawa kami menghormati pendirian Baginda”.

Munir memberitahu, adalah ditegaskan bahawa kenyataan ini adalah tidak tepat sama sekali dan tidak sebenarnya berlaku ketika Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato Ahmad Yunus Hairi menghadap Duli Yang Maha Sultan Selangor pada tarikh berkenaan.

Di dalam sesi menghadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku di Istana Bukit Kayangan Shah Alam pada petang Selasa berkenaan, turut dititah hadir bagi menyaksikan pertemuan tersebut adalah beberapa orang Ahli Dewan di-Raja Selangor iaitu, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, Tengku Seri Wangsa Diraja Tengku Datuk Setia Ramli Alhaj Tengku Shahruddin Shah dan Datuk Setia Salehuddin Saidin.

Dalam perkembangan sama, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata pertemuannya bersama Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan pada Selasa lalu hanya untuk mendengar titah Baginda.

Yunus malah memberitahu tiada sebarang perbincangan berlaku antara beliau dan Sultan Sharafuddin.

Terdahulu media memetik kenyataan Setiausaha PAS Selangor, Roslan Shahir sebagai mendakwa dalam pertemuan itu juga pihak istana mahu tahu pendirian PAS mengenai festival Bon Odori.

Roslan juga dalam laporan itu mendakwa hubungan antara PAS dan Istana Selangor tidak menghadapi sebarang masalah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat