PRU bukan perkara terpenting untuk rakyat buat masa ini – Prof Nik Ahmad Kamal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Rakyat memerlukan Bajet 2023 yang dapat membantu memperbaiki kehidupan mereka selepas pandemik Covid-19.

Penganalisis politik dan juga pakar perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, Bajet 2023 memang perlukan faktor wow sebab rakyat lepas Perintah Kawalan dan Pergerakan (PKP) amat terkesan khususnya yang bekerja swasta dan bekerja sendiri.

“Cuma soalnya adakah faktor wow dalam Bajet akan membantu Barisan Nasional (BN)+Perikatan Nasional (PN) menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15)?

“Pandangan saya, pilihan raya bukan perkara penting bagi rakyat yang terkesan dengan pandemik sekarang. Apa yang penting ialah mereka dapat memperbaiki kehidupan mereka,” katanya kepada Suara.TV pada Jumaat.

Untuk itu kata Nik Ahmad Kamal, rakyat memang mahukan bajet yang dapat membantu mereka dengan berkesan.

“Jadi kalau selepas itu (umum bajet) ada pilihan raya sama ada mereka akan turun mengundi atau tidak, itu juga amat penting.

“Tapi kalau Bajet 2023 bagus kepada rakyat, mereka akan bersyukur,” ujarnya.
Kata Nik Ahmad Kamal lagi, sama ada mereka akan turun mengundi mungkin soal lain.

“Cuma sama ada bajet yang wow atau tidak pandangan saya parti kerajaan sekarang memang ada banyak sokongan.

“Kerajaan sekarang – PN. Saya lihat PN akan menang jika tiada masalah dengan BN. Tapi senario politik sekarang tidak menentu.

“Kalau BN memilih bersendiri, maka sukarlah PN untuk menang,” jangka beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat