Masyarakat Orang Asli DUN Jelai Teruja Terima Suntikan Vaksin

- Advertisement -

SUNGAI KOYAN: Masyarakat Orang Asli di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai menyambut baik Program Outreach Vaksinasi Covid-19 yang dilaksanakan untuk komuniti mereka.

Penyelaras DUN Jelai, Fadzli Mohamad Kamal, berkata masyarakat Orang Asli yang menerima suntikan dos pertama vaksin tersebut berasa amat teruja dan sebanyak 730 dos vaksin disediakan melalui program outreach itu.

Katanya lagi, sambutan Program Outreach Vaksinasi ini mendapat sambutan luar biasa dan DUN Jelai dipilih sebagai antara lokaliti terawal untuk melaksanakan program ini di Pahang.

“Mereka hadir beramai-ramai di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang dibuka di kampung mereka untuk menerima suntikan vaksin dos pertama yang disediakan melalui program ini.

“Tinjauan saya di Kg Pantos pagi tadi mendapati penduduk di situ amat teruja untuk mendapatkan suntikan vaksin tersebut. Bagi yang belum disenaraikan untuk menerima suntikan pula, asyik bertanya bila kah akan tiba giliran mereka.

“Situasi sebegini sudah pastilah cukup menggembirakan kita kerana program vaksinasi ini telah mula menerjah ke perkampungan Orang Asli dan mendapat sambutan yang amat baik. Situasi memberangsangkan ini diharap mampu menyumbang kepada usaha Kerajaan Negeri Pahang untuk mencapai imuniti kelompok di negeri ini dengan kadar segera.” katanya.

Ujarnya lagi, DUN Jelai dipilih sebagai antara lokaliti terawal untuk melaksanakan program ini di Pahang. Program ini menyasarkan beberapa kampung pinggiran Orang Asli khususnya di Kg Dusun Pak Senam, Kg Pantos, Kg Sg Padi, Kg Kuala Koyan, Kg Batu Gajah, Kg Kabang, Kg Sat, Kg Tiat, Kg Pinang, Kg Sarang, Kg Sentoi, Kg Lanchang dan Kg Kenip Papan.

“Buat permulaan, sebanyak 730 dos vaksin disediakan melalui program outreach ini di DUN Jelai yang dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar Pahang, Pejabat Kesihatan, JAKOA serta Pejabat Daerah & Tanah Lipis. Program selama 3 hari ini akan berakhir esok. Insyaallah ia akan disambung semula sekiranya mendapat bekalan vaksin tambahan daripada Kerajaan Persekutuan.” jelas beliau.

Dalam perkembangan yang sama, beliau menyambut baik gesaan YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail agar Kerajaan Persekutuan menyegerakan proses pemberian vaksin kepada penduduk di negeri ini.

Ini kerana, menurut kenyataan Menteri Besar Pahang, sehingga 12 Jun 2021, hanya 11.7 peratus rakyat Negeri Pahang (dari sasaran 1,231,800 juta) telah menerima suntikan vaksin.

“Di bawah pentadbiran YAB. Dato’ Sri Wan Rosdy, Kerajaan Negeri Pahang dilihat begitu komited dalam memutuskan rantaian COVID-19 serta memastikan program vaksinasi berjalan lancar. Malah, Kerajaan Negeri Pahang juga terbukti cukup prihatin dan terkehadapan dalam membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik ini.” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat