Junjung Proses Demokrasi, Johor Kenal Pasti Tarikh Sidang DUN – Hasni Mohammad

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri bersedia mengadakan persidangan Dewan Undangan negeri (DUN) dengan segera seperti yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Johor.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, Kerajaan Negeri Johor sentiasa menjunjung tinggi proses serta amalan demokrasi Cara Johor sejak dahulu lagi yang amat menekankan aspek permuafakatan.

“Proklamasi Darurat akan tamat pada Ogos. Sehubungan itu, kerajaan negeri akan mengenal pasti tarikh yang sesuai supaya persidangan DUN Johor dapat dijalankan segera.

“Kita sentiasa mengalu-alukan pandangan pelbagai pihak termasuk daripada pemimpin kerajaan mahupun pembangkang dalam mendepani pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kelmarin, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa Parlimen perlu segera bersidang dan perkara itu mendapat sokongan Raja-Raja Melayu dalam pertemuan di Istana Negara.

Sementara itu, Hasni pada masa sama mewakili kerajaan Johor menjunjung kasih dan amat mengalu-alukan titah dan pandangan yang dibuat oleh Raja-raja Melayu.

“Alhamdulillah, Persidangan Khas Raja-Raja Melayu semalam telah menyatakan dengan jelas pendirian mengenai Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dalam menangani pandemik Covid-19.

“Malah, atas nasihat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, saya telah mengadakan perbincangan khas secara maya mengenai langkah-langkah yang boleh diambil dalam mendepani pandemik Covid-19 bersama wakil-wakil rakyat, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Johor, baru-baru ini,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat