Wan Rosdy Gesa Kerajaan Segerakan Pemberian Vaksin Untuk Rakyat Pahang

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato Sri’ Wan Rosdy Wan Ismail menggesa kerajaan pusat menyegerakan pemberian vaksin kepada rakyat Pahang melalui Program Imunisasi Civid-19 Kebangsaan (PICK) yang bermula sejak Mac 2021.

Menurutnya, sehingga kini purata penerima vaksin harian di Negeri Pahang hanya sekadar 963 orang pada setiap hari, dan tegasnya, ianya jauh dari sasaran berpunca dari kekurangan bekalan vaksin.

Ujar beliau, Sehingga 12 Jun 2021, hanya 11.7% rakyat Negeri Pahang (dari sasaran 1,231,800 juta) telah menerima suntikan vaksin, bermula dari Fasa 1 yang bermula pada Mac 2021.

“Kerajaan Negeri Pahang berharap agar Kerajaan Persekutuan Malaysia dapat menyegerakan proses pemberian vaksin kepada penduduk di negeri ini, melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang telah bermula sejak Mac 2021.

“Sehingga 12 Jun 2021, hanya 11.7% rakyat Negeri Pahang (dari sasaran 1,231,800 juta) telah menerima suntikan vaksin, bermula dari Fasa 1 yang bermula pada Mac 2021. Sehingga kini, purata penerima vaksin harian di Negeri Pahang hanya sekadar 963 orang pada setiap hari. Jauh dari sasaran berpunca dari kekurangan bekalan vaksin.” katanya.

May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎Bersama Hentikan Wabak COVID-19 PAWANG منبري Sasaran 1,231,800 orang untuk menerima vaksin pada 31 Disember 2021 akan dapat dicapai sekiranya aksir adalah sebanyak purata 7,550 orang sehari. Kerajaan Negeri berharap Kerajaan Persekutuan Malaysia dapat mengambil langkah inisiatif bagi menyegerakan pembekalan suntikan sosial YAB DATO' MENTE secara secepat mungkin. ROSDY WAN ISMAIL BESAR PAHANG KERAJAAN PERSEKUTUAN DIGESA SEGERAKAN PEMBERIAN VAKSIN KE PAHANG 601,413 Rakyat Pahang yang telah mendaftar untukmendapatkan Rakyat Pahang yang telah dos suntikar (dos pertama 11.7% Rakyat Pahang (dari sasaran telah menerima suntikan Fasa pada 963 Purata penerima vaksin harian Negeri Pahang DIKEMAS wanrosdy.com wanrosdyofficial PAHANG‎"‎‎

Jelas Wan Rosdy lagi, sasaran 1,231,800 juta orang untuk menerima vaksin pada 31 Disember 2021 hanya akan dapat dicapai sekiranya pemberian vaksin harian adalah sebanyak purata 7,550 orang sehari.

Katanya lagi, Kerajaan Negeri Pahang berharap Kerajaan Persekutuan Malaysia dapat mengambil langkah dan inisiatif bagi menyegerakan pembekalan suntikan vaksin kepada negeri ini agar sektor ekonomi, sosial dan pembangunan secara keseluruhannya dapat dipulihkan secepat mungkin. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat