Tuntutan Sulu Jelas Cubaan Dapat Wang Secara Tak Sah, Malaysia Akan Ambil Tindakan – Azalina

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tuntutan Sulu jelas satu percubaan mendapatkan wang daripada negara Malaysia melalui proses arbitrasi yang tidak sah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerajaan akan mengambil tindakan susulan pada minggu depan.

“Saya kini berada di Paris mewakili Kerajaan Malaysia bersama dengan wakil Jabatan Peguam Negara, wakil BHEUU dan wakil Sekretariat Khas. Kami telah menghadiri beberapa perbincangan dengan peguam-peguam lantikan Kerajaan Malaysia dari Belanda, Perancis, Luxembourg dan Sepanyol berkenaan kes Sulu.

“Saya ingin berkongsi berita baik bahawa peguam-peguam luar juga bersetuju dengan pandangan Kerajaan Malaysia bahawa tiada klausa timbang tara dalam Perjanjian 1878, dan kes Sulu adalah satu penyalahgunaan proses arbitrasi.

“Ini jelas menunjukkan tuntutan Sulu adalah satu percubaan mendapatkan wang daripada negara Malaysia melalui proses arbitrasi yang tidak sah. Kerajaan akan mengambil tindakan susulan pada minggu hadapan,” kata Azalina dalam kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini media melaporkan, lapan individu mendakwa waris Sultan Sulu, Jamalul Kiram II, dikatakan cuba menyalahgunakan proses timbang tara dan undang-undang antarabangsa dengan mengemukakan tuntutan kepada Kerajaan Malaysia, pada Februari 2022.

Mereka dikatakan cuba menuntut wang tebusan bernilai AS$14.9 bilion (RM65.34 bilion) atau lebih 16 peratus daripada belanjawan tahunan negara.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) menerusi laman sesawang https://www.malaysia-sulucase.gov.my/ menjelaskan Malaysia menolak tuntutan itu, selain tidak mengiktiraf keabsahannya dan melakukan litigasi di seluruh Eropah untuk membatalkannya.

BHEUU antara lain menyifatkannya sebagai penyalahgunaan proses timbang tara dan perundangan antarabangsa yang licik serta cubaan mendapatkan tebusan daripada negara berdaulat, selain tuntutan berterusan itu akan mencemarkan reputasi sistem timbang tara di peringkat global.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat