Isu Kalimah Allah: Pejuang Sifatkan Tindakan Kerajaan Melampau

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menuntut agar kerajaan mengarahkan Peguam Negara untuk menarik balik pembatalan rayuan kes itu kerana tindakan kerajaan adalah dianggap melampau dan bersifat unilateral apabila tidak merujuk dan berunding dengan pemegang taruh utama berhubung isu Islam iaitu Majlis Raja-Raja, Majlis-Majlis Agama Islam Negeri dan pihak berkepentingan.

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, walaupun ada manfaatnya usaha-usaha Kerajaan Persekutuan untuk menyeragamkan peraturan berkaitan amalan agama Islam di antara negeri-negeri, namun tindakan unilateral Kerajaan Persekutuan berkenaan kalimah Allah ini jelas mengenepikan undang-undang beberapa negeri yang sudah mewartakan kalimah tersebut sebagai hak mutlak umat Islam sahaja.

“Tindakan Menteri Dalam Negeri menarik balik rayuan ini seolah bersetuju supaya bahan yang songsang seumpama ini disebarkan dikhalayak umum.

“Sepatutnya sebagai sebuah kerajaan yang menjunjung perlembagaan mengangkat agama Islam sebagai agama persekutuan, kerajaan harus
memastikan CD dan bahan-bahan lain seumpama itu tidak wujud dalam negara ini,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tegas Mukhriz, Pejuang sama sekali menolak alasan bahawa nama Allah digunakan oleh agama lain di tanah Arab.

Kata beliau, perkara ini tidak relevan terutama untuk konteks di Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa serta bahasa pengantarnya adalah bahasa Malaysia dan bukan Bahasa Arab seperti di tanah Arab.

Mukhriz berkata demikian mengambil maklum kenyataan yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bagi memutuskan bahawa 8 CD yang mengandungi kalimah “Allah”, “Baitullah”, “Kaabah” dan “solat” dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran dibenarkan untuk diedarkan di Malaysia.

“Polemik ini semestinya mencetuskan kemarahan penganut Agama Islam kerana contoh kandungan CD yang bertajuk “Cara hidup dalam Kerajaan Allah” yang dirampas daripada Jill Ireland ini adalah salah, bersifat provokatif dan berpotensi menyeleweng fahaman sebenar ajaran Islam.

“Pejuang berpandangan muslim di Malaysia sangat bertoleransi terhadap agama lain sehingga hak kedua-dua pihak dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Tiada sebab yang munasabah kenapa isu ini perlu dipanjangkan lagi oleh pihak-pihak tertentu jika ianya boleh mencetuskan ketegangan antara agama yg selama ini sedia harmonis.

“Pejuang berdiri teguh dengan prinsip Islam agama Persekutuan dan akan sentiasa memperjuangkan hak penganut agama Islam apabila dicabar atau diprovok seumpama ini,” tegas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat