Rasuah tiris RM4.5 trilion tak masuk akal, tak mungkin gaji pun disonglap

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Laporan EMIR Research yang menganggarkan Malaysia kerugian sebanyak RM4.5 trilion dalam tempoh 26 tahun disebabkan rasuah dan ketirisan disifatkan sebagai angka yang tidak masuk akal.

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebaliknya menyatakan fakta bahawa 80 peratus daripada Belanjawan tahunan kerajaan dibelanjakan untuk perbelanjaan operasi yakni gaji (emolumen) kakitangan kerajaan.

“Saya nak bagi penjelasan paling mudah, hampir 80 peratus daripada perbelanjaan operasi kita adalah ‘log in item’ iaitu gaji.
Macam mana gaji boleh songlap?

“Tak masuk akal, 80 peratus perbelanjaan operasi kita adalah emolumen (gaji) pencen, log in item , bayar sewa, dari mana dapat jumlah berkenaan? Macam mana kamu boleh dapat angka ini? soal Khairy kepada kajian EMIR Research dalam podcast Keluar Sekejap pada Rabu.

Untuk rekod, baru-baru ini badan pemikir EMIR Research memaklumkan Malaysia dianggarkan berdepan dengan jumlah kerugian sebanyak RM4.5 trilion dalam tempoh 26 tahun disebabkan rasuah dan ketirisan.

Malah kajian itu turut menjelaskan anggaran kerugian yang dihadapi negara bermula dari Krisis Kewangan Asia pada 1997 sehingga tahun ini adalah secara konservatif dan jumlahnya berkemungkinan lebih besar.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff berkata, jumlah angka kerugian kewangan masih boleh menjadi jauh lebih tinggi disebabkan kesan pengganda pelaburan yang merujuk kepada impak stimulatif pelaburan awam atau swasta.

Sementara itu, bekas Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri Shahril Hamdan pula berkata, angka yang diterbitkan EMIR Research itu jelas tidak masuk akal malah metodologi kajian yang diguna pakai juga tidak betul.

“Angka ini (RM4.5 trilion)tak masuk akal dan bukan kita nak perkecilkan rasuah, tidak. Tapi matematik itu salah, kita cuma perli matematik dia.

“Sekarang perbelanjaan bajet kerajaan sekitar RM300-350 bilion, kalau tahun 1997 mesti lagi kecil.

“Kalau RM4.5 trilion sepanjang 26 tahun hilang, ini bermakna secara puratanya RM173 bilion setiap tahun yang hilang. Takkanlah daripada RM300 bilion, RM173 bilion hilang. Tak masuk akal maksudnya setengah bajet kerajaan telah hilang,” bidas Shahril.

Pada 13 Mei lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat pihak yang bertanggungjawab atas kerugian ditanggung negara akibat rasuah.

Beliau berkata selain SPRM, agensi lain yang diarahkan termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil apa saja langkah, mengikut jalur perundangan untukbertindak.

“Kita kena suarakan (rasuah) tetapi saya tidak boleh berikan petunjuk satu persatu melainkan arahan umum kerana ada orang-orang diketahui, rasuah berbilion… Dah puluh tahun tapi selamat, tidak berani disentuh (sesiapa).

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat pihak yang bertanggungjawab atas kerugian ditanggung negara akibat rasuah.

Beliau berkata selain SPRM, agensi lain yang diarahkan termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil apa saja langkah, mengikut jalur perundangan untuk bertindak.

 

“Kita kena suarakan (rasuah) tetapi saya tidak boleh berikan petunjuk satu persatu melainkan arahan umum kerana ada orang-orang diketahui, rasuah berbilion… Dah puluh tahun tapi selamat, tidak berani disentuh (sesiapa).

“Apa erti negara, kekuatan undang-undang kalau kita minta polis, LHDN, ambil tindakan di bawah tapi yang di atas itu terlepas dan kumpulan harta itu puluh-puluh bilion ringgit. Itu sebab maka saya bagi arahan umum dan saya harap rakyat tak kira parti, tak kira kaum bagi sokongan terhadap tindakan ini,” kata Anwar.

Susulan itu, Khairy dan Shahril menyatakan kritikan mereka terhadap angka kajian itu bukan bermaksud mereka berdua memperkecilkan ketirisan tetapi gambaran, angka dan kaedah kajian yang tidak tepat akan dipertikaikan.

“Bukan bermaksud Khairy dan Shahril memperkecilkan ketirisan tetapi apabila Perdana Menteri keluarkan kenyataan, ini serius.

“Saya tak salahkan Perdana Menteri dalam perkara ini mungkin ada orang yang bagi dia nota tersebut dalam keadaan dia sibuk untuk pergi majlis raya tak sempat nak tengok metodologi.

“Tapi ini beri gambaran silap guna metodologi yang silap dan akhirnya akan dipertikaikan,” kata Khairy.

Senada dengan Khairy, namun Shahril mempersoalkan fungsi dan peranan kakitangan PMO.

“Kita tak boleh salahkan Perdana Menteri, tapi pejabat dia?

“Kalau bagi talking point dalam 5 minit dah tau tak masuk akal. Kena jaga kredibiliti kenyataan Perdana Menteri dan gunakan angka yang munasabah dan metodologi yang munasabah,” bidas Shahril.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat