‘Terima Kasih Rakyat Malaysia’ Ucap Hishammuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien secara peribadi mengucap terima kasih kepada rakyat Malaysia yang tidak henti-henti bersuara mengecam kekejaman tentera penjajah Israel terhadap rakyat Palestin secara maya.

Menurut Hishammuddin, walaupun ada sesetengah pihak melabelkan rakyat Palestin sebagai pengganas, kecaman ini sangat penting bagi memastikan penindasan terhadap rakyat Palestin dapat difahami masyarakat dunia.

“Saya juga beritahu kesemua 57 wakil negara di Mesyuarat OIC semalam, saya secara peribadi memuji usaha ramai rakyat Malaysia yang tanpa henti mengecam kekejaman terhadap rakyat Palestin.

“Ini penting untuk memastikan penindasan terhadap rakyat Palestin dapat difahami di seluruh dunia, walaupun sesetengah pihak melabelkan rakyat Palestin sebagai pengganas,” ujarnya melalui Facebook.

Jelas Hishammuddin lagi, melalui kekuatan suara ianya dapat membentuk tanggapan umum dan memberi tekanan dari bawah ke atas.

“Peranan ini juga sangat penting dalam membentuk tanggapan umum dan memberikan tekanan dari bawah ke atas. Jangan memandang rendah kekuatan suara anda. Teruskan usaha anda semua! Terima kasih rakyat Malaysia!” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat