Peminat Upin & Ipin Di Indonesia Sedih Abang Saleh Tidak Lagi Lembut

- Advertisement -

Jika tahun lalu watak Fizi menjadi bualan hangat netizen kerana tersalah cakap, tahun ini watak Abang Salleh atau Sally pula yang menjadi sebutan ramai terutamanya peminat di Indonesia.

Semuanya bermula apabila episod khas raya Upin & Ipin ditayangkan di RCTI Indonesia pada hari raya pertama. Dalam episod berkenaan, Abang Salleh berkunjung ke rumah Upin & Ipin dengan penampilan ‘gagah’ dan penuh kejantanan; berbeza dengan perwatakannya sebelum ini.

“Hah Saleh, nampak macam ada perubahan,” pertanyaan Opah ketika Saleh duduk di ruang tamu. “Iya Opah. Sejak berkawan dengan mereka ni, saya cuba ubah sikit-sikit.Opah suka tak?” Balas Saleh.

Walaupun adegan tersebut hanya beberapa saat, ternyata ia satu tanda Abang Saleh mungkin tidak lagi akan membawa watak lembut di episod Upin & Ipin di masa akan datang. Peminat setia Upin & Ipin di Indonesa turut perasan dengan perubahan ‘besar’ tersebut.

 

“Gue patah hati dan merasa kehilangan. Bye Sally; ikon, maskot, mercu komedi dan culture, meme serta kegembiraan,” tulis salah seorang peminat di Indonesia.

Begitu juga ada yang tidak setuju dengan perubahan Abang Saleh. Bagi mereka, Sally merupakan wakil buat kaum lelaki yang pentingkan details, lemah lembut serta mewakili individu yang sedikit feminin tetapi tetap jantan.

Namun majoriti peminat Upin & Ipin pasrah dan rela hati sekiranya mereka tidak lagi dapat melihat watak Sally di masa akan datang. Pihak Les’ Copaque pasti mempunyai rancangan lebih besar untuk Abang Saleh di masa datang. Sama-sama kita nantikan.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat