PRU-15: Bincang dulu sesama parti, riuh rendah pun tak guna – Mahdzir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Hak pembubaran Dewan Rakyat terletak sepenuhnya ditangan Yang di-Pertuan Agong maka ia harus dihormati dan sewajarnya tidak perlu diasak.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid sebaliknya menyarankan pimpinan tertinggi UMNO untuk tidak ‘kecoh-kecoh’ mendesak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Perkara berkaitan dengan pilihan raya ini, adalah benda besar. Rakyat mesti menghormati Sistem Beraja.

“Hak pembubaran ini adalah hak Tuanku (Agong). Setelah Tuanku perkenan, apa yang dibawa oleh Perdana Menteri.

“Jadi untuk sampai kepada Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri yang sekarang ini ialah Naib Presiden UMNO. Beliau boleh berbincang dengan Presiden dan kepimpinan UMNO,” kata Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar pada Khamis.

Beliau menegaskan sebelum mendesak pelaksanaan pilihan raya, ia harus dibincangkan sesama parti terlebih dahulu.

“Kita bincanglah secara musyawarah, bila yang sesuai kita nak buat pilihan raya. Kalau kita dah bersetuju kata kita nak buat pilihan raya barulah Perdana Menteri persembah itu kepada Agong. Itu yg terbaik.

“Kita tak payah menimbulkan polemik pasal bila nak buat pilihan raya.

“Kita bincang dulu. Tak payah nak polemik.Sebab ini kita menghormati hak-hak Yang di-Pertuan Agong.

“Kita bincang dulu, kemudian kalau kita dah setuju, kita bawaklah. Thats the best solution yang ada. Tak payah bising-bising. Riuh rendah pun tak guna,” ujar Mahdzir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat