Ismail Sabri poster boy untuk PRU-15,” cadang Puteri UMNO Bera

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Puteri UMNO Bera, Salmiah Ab Rahman mencadangkan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob sebagai poster boy untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Salmiah turut menyebut tentang kepentingan poster boy untuk Pilihan Raya Umum akan datang.

“Poster boy memainkan peranan yang penting dalam kemenangan pilihan raya akan datang.

“Mari kita sokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai poster boy pilihan raya akan datang,” saran beliau.

Dalam perkembangan lain, Salmiah memuji pendirian Perdana Menteri memperkasa bahasa Melayu.

Beliau menghargai perjuangan UMNO yang memartabatkan bahasa Melayu.

“Tidak perlu rasa malu, memartabatkan bahasa Melayu di peringkat diplomasi. Apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri malahan mengangkat semula bahasa Melayu dan budaya kita.

“Dengan kesungguhan Perdana Menteri mengangkat bahasa Melayu, isu pendidikan bahasa Melayu dibentang pelbagai bentuk,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat