Kami dah cuba yang terbaik sebagai menteri, Tok Mat bercakap sebagai ‘orang luar’ Kabinet

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri-menteri UMNO menyangkal dakwaan Datuk Seri Mohamad Hasan yang kononnya prestasi mereka dalam kerajaan tidak menunjukkan keyakinan yang diharapkan .

Sebaliknya, mereka menegaskan telah cuba memberikan perkhidmatan terbaik dalam kementerian-kementerian yang diamanahkan.

Bahkan, menteri-menteri UMNO ini juga menyifatkan dakwaan prestasi kurang memberangsangkan yang dilempar Timbalan Presiden UMNO itu sebagai tidak wajar dan menganggap Mohamad bercakap sebagai sudut pandang ‘orang di luar’ Kabinet.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid memberitahu sebenarnya semua menteri UMNO telah cuba yang terbaik untuk memberi apa juga perkhidmatan.

“Saya fikir kenyataan Tok Mat (Mohamad) itu sendiri tak tepatlah, ia tak boleh (bercakap) dari angle sebagai orang di luar.

“Kita tahu apa yang kita buat, kita berusaha sebab apa yang penting adalah rakyat. Kita tahu macam mana nak tolong rakyat.

“Saya sebagai Menteri Luar Bandar, kita tahulah naratif,” ulas Mahdzir ketika sidang media di WTC, pada Khamis.

Kata Mahdzir lagi, setiap menteri tahu tanggungjawab dan tugas masing-masing untuk bawa benda berkaitan kementerian.

Malam tadi Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa juga memberi reaksi sama malah beliau menyifatkan ucapan Mohamad semasa perasmian Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sebagai sesuatu yang ‘berat’.

“Tok Mat keluarkan kenyataan menyatakan prestasi UMNO dalam kerajaan tidak memuaskan. Itu ‘berat’. Kalau saya, saya mahu tahu lagi apa yang dikatakan prestasi UMNO dalam kerajaan tidak memuaskan.

“Berdasarkan kepada apa, faktanya apa dan portfolio mana yang UMNO pegang yang dirasakan kurang menyerlah itu? Maka saya kata itu pandangan Tok Mat sebagai orang berada di luar kerajaan, saya anggap ia sekadar pandangan,” kata Annuar.

Semalam Mohamad dalam ucapannya membidas prestasi UMNO dalam kerajaan tidak menunjukkan keyakinan yang diharapkan.

“Saya faham dan saya akui, ada yang mencuba dan melakukan sehabis baik. Betul. Tapi hasilnya tidak menyerlah.

“Pemulihan negara masih belum ada lonjakan konkrit,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat