Musuh takut ‘rumah agam’ UMNO roboh sedang dipulih – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi gambaran bahawa ‘rumah agam’ UMNO yanh pernah roboh pada 9 Mei 2018 lalu kini sedang dibaik pulih untuk kembali berseri.

Dalam catatan di Facebooknya, Zahid memberi keyakinan kepada ahli-ahli UMNO bahawa beliau sentiasa akan berdiri mempertahankan maruah parti daripada musuh politik yang tidak senang melihat UMNO kembali gah.

“Tanggal 9 Mei 2018 musuh tertawa melihat ‘rumah agam’ UMNO roboh. Puas hati melihat ahli UMNO yang setia kesedihan. Yang kurang setia bagai ayam disambar helang.

“Takdir Ilahi aku dipilih mengenggam bara api perjuangan memahat tiang agar kembali berseri. Jangan tuduh diri yang serakah. Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam.

“Namun amanah dan baiah kepada Tuhan azimat penguat semangat,” katanya.

Tambah beliau, baru saja mula memahat diugut rakan supaya beredar atau ada yang akan meninggalkan saf.

“Tidak lama selepas beredar mereka mufaraqah jua. Ternyata cuma alasan. Ugutan itu dusta. ‘Rumah agam’ lain tersedia. Buat apa susah-susah. Selamat tinggal mungkin kerana dirimu begitu berharga.

“Itu mengikhtisarkan pengalaman enam bulan bercuti atau lepas jawatan bukan penyelesaian.

“Sesiapapun yang diamanahkan akan mereka gasak supaya tiang kekal tidak berseri, kerana itu matlamat utama mereka.

“Sekembali memahat, diugut pula seteru supaya henti bertukang. Jika tidak ke dalam kau rasakan. Pedulikan. Aku percaya keagungan Tuhan. Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Melindungi,” ujar beliau.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menyebut, mereka takutkan bayang-bayang. Mereka tahu ‘rumah agam’ UMNO sedang dipulih.

“Mereka takut dan resah mahu mengagalkan. Namun aku yakini kudrat ini tidak akan pernah berhenti,” katanya. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat