“ Bercerai memang mudah, PAS-UMNO mesti cari jalan menang-menang ” – Naib Presiden PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PAS, Senator Idris Ahmad mengakui wujud sedikit ketegangan dalam kesatuan Muafakat Nasional (MN) antara PAS dan UMNO terutamanya gara-gara orang ketiga yakni Bersatu dan Perikatan Nasional (PN).

Beliau memberitahu memang mudah untuk sesuatu hubungan itu mengungkapkan ucap perpisahan tetapi harus dikenang air mata penyatuan yang termetri dalam Himpunan Perpaduan Ummah pada 2019.

“Memang kita ni nak berpisahnya mudah tapi kita nak bersatu agak payah.

“Jadi apabila kita nak bercakap tentang nak berpecah dan sebagainya kita sepatutnya sebagai pimpinan kita mesti mengolah supaya kedua-dua parti ini jangan berpecah,” katanya kepada SuaraTV, hari ini.

Idris yang juga Ahli Dewan Negara Kita mengharapkan sama ada di kalangan UMNO atau PAS untuk bersama-sama memikirkan bagaimana ‘ketegangan’ ini dapat diredakan dan hubungan dua parti menjadi harmoni.

“Memang nak bergaduh ini mudah tapi kita nak menyatukan itu, satu benda yang agak sukar dan payah maka kita mengharapkan bahawasanya ungkapan-ungkapan kononnya PAS dan UMNO akan bercerai patut tidak bercakap begitu.

“Sedangkan saya sendiri pun terlibat dalam Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Perunding di peringkat pusat kita tahu perjalanan kita agak harmoni.

“Jadi kita cuba olahkan dengan kehadiran Bersatu dan PN. Kita cuba olahkan supaya perkara ini dapat diharmonikan dan ‘win-win’ suasana sebegini akan dapat memberikan kebaikan bersama kepada kita.
“Kita minta supaya soal perpecahan, perceraian, pergaduhan itu tak patut..tak perlu kita nak fikirkan begitu,” ujar beliau.

Idris menambah, cukuplah bila sebut politik Melayu pecah dan yang paling teruk seklai apabila berpecah antara UMNO dengan PAS.

“Dan apabila UMNO dengan PAS bersatu seolah-olah memang orang Melayu menjadi tonggak parti kekuatan yang ada pada kaum itu sendiri
“Jadi apabila berlaku perpecahan antara dua parti ini yang paling gembira ialah DAP dan Pakatan Harapan (PH),” kata beliau.

Menurut Idris, PAS dan UMNO memiliki kekuatan organisasi mantap dan kemas dengan ahli serta cawangan yang banyak di seluruh negara.
“Dua-dua parti ini kalau tengok dalam sejarah pertarungan antara politik merebut pengaruh orang-orang Melayu.

“Dua parti inilah yang mempunyai prinsip perjuangan dan organisasi yang mantap maka sudah tentu ia sudah lama kita tengok selalu di mana ada cawangan UMNO di situlah juga ada cawangan PAS, yang mana ahli PAS hampir 1 juta manakala ahli UMNO 3.3 juta dengan cawangannya lebih kurang 21,000 dan cawangan PAS 7,500 cawangan.

“Sebab itu kita katakan taPiagam MN yang mana kalau nak bergaduh pun kita tengok baliklah sejarah himpunan perpaduan ummah yang kita buat pada tahun 2019 yang lalu.

“Kita tengok dengan begitu titisan air mata penyesalan, kesedihan yang keluar bukan dengan secara lakonan tetapi keluar dengan secara tidak semena-mena, ini menunjukkan tentang bagaimana gembiranya masyarakat dalam penyatuan sebegini,” katanya.

Selain itu, menurut beliau, kebetulan apabila munculnya PN dan Bersatu selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad letak jawatan maka terbentuk kerajaan PN.

“Dan di dalamnya terdiri daripada menteri, timbalan menteri daripada UMNO, PAS, Bersatu maka sebab itu apa yang penting kepada kita ialah biarlah kita berpolitik pada hari ini Menampakkan kita ini ialah menjadi khadam dan pemudah cara kepada rakyat.

“Kalau kita pula diberikan jawatan setimpal dengan imbuhan yang kita dapat maka menjadi satu tanggungjawab yang besar untuk kita memikirkan bagaimana untuk memudahkan kehidupan rakyat yang ada di dalam negara ini.

“Itu yang sepatutnya difikirkan oleh kita apabila kita dapat membentuk kerajaan setelah Dr Mahathir letak jawatan dan PH tidak cukup sokongan maka PN dibentuk oleh kerana itu dalam hal ini perkara yang kita tidak duga selama ini kita hanya bincang dari sudut PAS dan UMNO sahaja.
“Tiba-tiba ALLAH SWT telahpun memberikan ‘kemenangan’ lebih awal dari itu 22 bulan saja PH memerintah, sepatutnya kita kena bersyukur kepada ALLAH dan kita sayangkan kepada negara, agama dan juga bangsa kita,” jelas beliau.

Idris berkata demikian mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo yang menyebut koalisi MN dikatakan diambang keretakan dan dikhuatiri bakal ‘bercerai’ sebelum PRU-15.

Bahkan katanya, hubungan UMNO dan PAS kini semakin parah dengan masing-masing sedang menunggu masa untuk melafazkan talak terhadap satu sama lain. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat