MAHB BlackRock kian mencemar wibawa GLIC Malaysia – Mukhriz

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parti Pejuang mendesak Kerajaan Madani terutamanya Menteri-Menteri Kewangan agar segera bertindak menarik balik sokongannya terhadap konsortium pengambil-alihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bersama unsur Zionis ini demi mengelakkan daripada kewibawaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Khazanah Nasional serta GLIC-GLIC Malaysia lain tidak terus luntur sehingga membawa kerugian berpanjangan kepada rakyat dan negara.

Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, tindakan KWSP menjual sejumlah besar pegangan saham MAHB miliknya sepanjang tahun 2023 pada harga yang dianggap ‘murah’, dikatakan antara RM5.40-RM7.36 sesaham, dipersoalkan.

“Ini memandangkan KWSP kini bakal membeli kembali saham-saham tersebut, malah menambahkan lebih lagi jumlah saham, pada harga lebih tinggi, yakni RM 11, sebagai ahli konsortium bersama BlackRock.

“Cabaran ke atas kewibawaan KWSP, yakni skim penabungan persaraan terbesar Malaysia dan antara yang terbesar seumpamanya di rantau Asia, begitu sekalisehingga pihak pengurusan KWSP terpaksa menjawab cabaran ke atas kewibawaannya tersebut dengan kenyataan yang jual-beli saham MAHB tersebut sesuai dengan tatakelola lazimnya untuk membolehkan pembayaran dividen kepada penabung-penabungnya,” kata bekas Menteri Besar Kedah itu dalam kenyataan pada Jumaat.

Namun menurutnya, kenyataan tersebut dianggap kurang munasabah oleh sesetengah pakar yang dirujuk oleh Pejuang memandangkan tempoh perbincangan untuk menubuhkan konsortium Gateway Development Alliance (GDA) yang disertai KWSP, Khazanah Nasional bersama BlackRock melalui anak syarikatnya, Global
\
Infrastructure Partners (GIP), untuk mengambil-alih MAHB, pasti sudah pun bermula pada tempoh penjualan saham-saham MAHB pada tahun 2023 tersebut.

“Oleh itu, kewibawaan tatakelola KWSP dalam penjualan saham MAHB tersebut masih boleh dipertikaikan, kerana ia terlihat seolah-olah ada kepincangan atau konflik antara proses pelaburan strategik dan pengurusan jual-beli saham harian KWSP.

“Adakah kemungkinan juga kerugian-kerugian sama telah pun atau berisiko berlaku pada masa hadapan untuk pelaburan KWSP yang lain?

“Pejuang yakin yang pokok-pangkal cabaran terhadap kewibawaan KWSP ini berpunca dari persekongkolannya, bersama dengan Khazanah Nasional, dalam konsortium yang dipelopori oleh unsur-unsur pro-Zionis sementara rakyat Palestin, terutama di Gaza, masih dibunuh oleh rejim Israel yang didukung secara langsung atau tidak langsung oleh anasir-anasir Zionis korporat seperti BlackRock.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat