Umno Sabah masih ada autonomi pilih rakan kerjasama PRN17, bukan sekadar ikut arahan pusat – Suhaimi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno Sabah masih diberikan kuasa autonomi dalam menentukan hala tuju politik di negeri itu.

Tegas Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Suhaimi Nasir, Umno di negeri berkenaan masih diberikan kuasa autonomi dalam menentukan hala tuju politik di negeri itu.

Kenyataan itu sekali gus menolak dakwaan pihak tertentu bahawa Umno Sabah hanya mengikut arahan Umno pusat dalam menentukan soal kerjasama menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Suhaimi berkata, Umno pusat tidak pernah mengarah atau campur tangan dalam hal ehwal Umno Sabah terutama dalam memilih rakan gabungan menjelang PRN17.

Beliau berkata, Umno pusat hanya bertindak sebagai penasihat yang mahukan Umno Sabah dan Pakatan Harapan (PH) bekerjasama kerana kedua-dua gabungan ini menjadi tonggak utama pembentukan kerajaan Perpaduan di peringkat pusat.

“Kuasa autonomi ini memberikan kebebasan kepada Umno Sabah untuk melakar dan menentukan hala tuju politik Umno Sabah sendiri.

“Autonomi ini bukan sekadar simbolik sebaliknya, ia melambangkan komitmen tinggi Umno dalam menghormati hak dan suara rakyat Sabah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata demikian semasa mengulas tentang dakwaan tular dalam laman media sosial bahawa Umno Sabah diarahkan oleh pimpinan pusat untuk bekerjasama dengan PH Sabah, lapor Utusan di Sandakan.

Ahli Parlimen Libaran berkata, sebagai sebuah parti nasional, mereka perlu untuk mencapai keseimbangan agar tidak wujud konflik antara Umno Sabah dan kepimpinan di peringkat pusat namun, akhirnya keputusan dan punca kuasa terserah kepada Umno Sabah.

Justeru, autonomi yang diberikan kepada Sabah akan terus diperkasakan untuk mengukuhkan kedudukan Umno sebagai parti nasional unggul yang memahami, membela dan memperjuangkan kepentingan rakyat negeri ini.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat