Perodua keluar kereta elektrik mampu milik hujung tahun 2025 – Tengku Zafrul

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dijadual akan mengeluarkan kereta elektrik (EV) mampu milik pada hujung tahun 2025 secara besar-besaran.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, selaras dengan pelantikan syarikat Perodua untuk menerajui pengeluaran EV mampu milik di bawah NIMP2030, Perodua telah bekerjasama dengan sebuah syarikat automotif antarabangsa untuk menghasilkan prototaip EV berkenaan.

“Pengeluaran secara besar-besaran oleh Perodua dijadualkan pada hujung tahun 2025.

“Terima kasih syarikat Perodua kerana membantu Malaysia dalam memajukan teknologi kenderaan elektrik dan memperkukuhkan mobiliti mampan Malaysia,” katanya.

6 November 2023, Naib Presiden Perodua Auto Corporation Sdn Bhd, Datuk Ahmad Suhaimi Hashim, berkata tumpuan pengeluar kereta kompak nasional itu bukan sekadar projek EV, malah ia turut meneroka potensi pengeluaran model hibrid.

Pada Malaysia Autoshow 2023 Mei tahun lalu, Perodua mempamerkan EV konsep pertamanya, EM-O atau Electric Motion Online yang dikatakan menjadi antara hala tuju elektrifikasi masa depan pengeluar kereta nasional itu.

Menurut Perodua, EV konsep menjadi visi Perodua dalam menggabungkan antara tenaga bersih, rekaan menarik, internet dan keselamatan termaju ke paras lebih tinggi.

EM-O mampu bergerak pada kelajuan maksimum 160 kilometer sejam (km/j) dengan jarak perjalanan antara 300 hingga 350 kilometer.

Menggunakan bateri lithium-ion, EM-O boleh dicas dalam masa tujuh jam 30 minit.

Terdapat juga pilihan cas ultra pantas 300kW dengan cas sehingga 80 peratus dalam masa 20 minit.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat