Linda Onn nafi gaji penyampai radio RM50,000-100,000

- Advertisement -

CYBERJAYA: Bekas penyampai radio Suria.FM, Linda Onn atau nama sebenarnya Rozlindah Onn menafikan gaji penyampai radio mencecah puluhan ribu seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menurutnya, walaupun pernah merangkul anugerah penyampai radio popular beberapa kali, dirinya tidak pernah mendapat gaji RM50,000-100,000 ribu itu.

“Laa..hangat kat socmed cerita pasal gaji penyampai radio pulak ke? Discuss secara terbuka tu! Ingat malas nak campur..tapi bila ada orang sebut nama kita, kita reply lah..

“Haishhh… Pandai pandai je awak cakap gitu. Bestnya lah hai kalau betul dapat gaji gitu . Mana Linda pernah dapat gitu… Sampai ke sudah pun tak pernah dapat tinggi gitu.
Dulu menang award pun..nama tengah gah pun…gaji takdelah sampai 10k. Bertuah penyampai radio zaman sekarang.. sampai jejak 50k – 100k-150k sebulan.

“Kalaulah bakatku dihargai dulu sampai dapat sebegitu… Best nyaaaa…,” katanya menerusi Facebooknya.

Namun jelasnya lagi, dia sedar kualiti dan pendekatan DJ sekarang berbeza dengan dahulu. Kehendak pendengar dan stesen radio pun dah lain, jadi tak mustahil kalau ada yang dapat gaji sebanyak yang diperkatakan.
May be an image of 2 people and text that says "Ismet Pegaga itu ikut slot dan ating Dulu Saleh Yaacob sebulan 45000 waktu prime. Linda Onn pun lebih kurang sama.masa dgn suria. tapi diorang ni based on contract. dan tak semua dj gaji sama, kalau radio top mmg tinggilah. 4h Like Reply Linda Onn Ismet Pegaga haishhh banyak sanga sangat tu.. tak pernah dapat gitu. 5m Like Reply"

“Ye lah.. kita faham juga. Maybe penyampai zaman sekarang kualiti nya berbeza, approach nya berbeza, kehendak pendengar berbeza, kehendak station pun berbeza berbanding dengan zaman Linda dulu. Tambahan pula orang yang dah ada nama dipanggil jadi penyampai radio. Lagilah berharga…

“Dulu nak dapat naik gaji pun kena lalui appraisal..tengok KPI.. tengok performance sebagai penyampai dan tengok komitmen kita untuk on ground event bagi station tu. Bukan senang eh.

“Yelah.. back to.. zaman dulu lain.. Maybe juga zaman dulu ada yang dapat 40k – 100k. Tapi nope, Linda tak dapat . Why why why?? Kita terima je lah.. mungkin standard Linda tak sampai tahap tu.

“Happy juga dengar gaji penyampai dah ratus ribu sekarang…wow..MasyaAllah banyaknya!! Kadang terfikir.. kenapa dulu Linda tak dapat gitu eh? Haa…Itu maknanya… Sudah tertulis rezeki ku sebegitu saja. Kepada penyampai sekarang yang dapat gaji sebulan 50k – 100k -150k, tahniah,” ucap beliau.

Linda Onn juga bekas penyampai radio Era (1998-2008), Sinar.FM (2009-2010) dan Kool.FM (2018-2020).-SUARATV

gaji
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat