Johari kemuka solusi kepada KDN selesaikan masalah kekurangan pekerja ladang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengemukakan beberapa input kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail untuk menyelesaikan isu kekurangan pekerja dalam sektor ladang.

Johari berkata, jika masalah ini tidak ditangani disebabkan ketidakupayaan negara mengendalikan permasalahan sektor perladangan ini, ia akan menjejaskan ekonomi negara.

“Saya telah bertemu dengan sahabat saya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri bagi membincangkan soal isu pengurusan pekerja asing bagi sektor perladangan dan komoditi.Sektor perladangan ini merupakan sektor yang sangat penting kepada negara.

“Ianya memerlukan perhatian yang agak berbeza berbanding dengan sektor-sektor lain kerana sektor perladangan ini memerlukan pengkhususan bagi menanganinya.

“Dalam perbincangan ini, saya telah memberikan banyak input kepada beliau untuk bagaimana kita boleh menyelesaikan isu-isu kekurangan pekerja dalam sektor ladang yang memberikan nilai eksport sekitar RM200 bilion,” katanya.

Menurut Johari beliau akan terus membuat kerjasama yang erat melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dari semasa ke semasa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat