Fasha terpaksa warnakan rambut…

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon Fasha Sandha mengakui kurang selesa dengan imej berambut perang yang digayakan ketika menjalani penggambaran drama Khilaf Asmara baru-baru ini.

Fasha bagaimanapun berkata demi tuntutan watak sebagai Hanim, dia memberanikan diri mencuba sesuatu yang baharu.

“Saya memang tak selesa dengan rambut berwarna sebegini. Tapi memandangkan ia untuk karakter, saya beranikan diri. Lagipun ini adalah permintaan daripada pengarah yang mahu saya potong dan warnakan rambut untuk nampak berbeza. Mereka nak nampak saya betul-betul lain.

“Walaupun berat hati, saya tetap lakukan. Sebenarnya, saya tak kisah nak potong rambut pendek tapi ini kali pertama seumur hidup saya warna rambut seperti ini. Mula-mula memang tak boleh nak terima, saya menjadi malu nak keluar rumah. Habis saja penggambaran, saya akan warnakan hitam semula,” katanya ketika ditemui pada sidang media pengumuman top 5 Anugerah MeleTOP ERA (AME 2021) di GSC, Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya baru-baru ini.

Ditanya mengenai perasaan tersenarai dalam top 5 kategori Pelakon MeleTOP untuk Anugerah MeleTOP ERA 2021, Fasha berterima kasih kepada pengarah Osman Ali yang memberikan kepercayaan untuk dirinya menerajui telefilem Sihir Pemisah.

“Alhamdulillah, saya sangat terkejut dengan pegumuman ini. Berjaya bolos ke top 20 pun saya dah terkejut apatah lagi top 5. Tak sangka sebab ada barisan pelakon yang hebat.

“Bila dapat tahu dapat top 5, saya terus mesej Osman Ali sebab dalam ramai pelakon, ketika itu badan saya sangat besar sebab baru bersalin tapi dia tetap pilih saya.

“Dia pandang saya dari segi bakat dan sanggup ambil saya sebagai teraju utama. Bila dapat skrip itu, memang berbelah bagi sebab badan masih besar,” katanya.

Selain tercalon dalam kategori itu, Fasha dan suaminya Aidil berjaya tersenarai dalam top 5 kategori Couple MeleTOP.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat