Ogy bengang pelakon baru tinggalkan set, susahkan produksi

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Rakyat Malaysia pun tak menangis kalau dia tiada dalam industri,” demikian kemarahan pelakon, penerbit dan pengarah Fauziah Ahmad Daud terhadap seorang pelakon baharu, Nina Smith.

Ia berikutan tindakan pelakon terbabit yang menarik diri dari penggambaran drama Bunga Hati terbitan Zeel Production arahan Jamal Khan yang sedang menjalani penggambaran di Perlis.

Difahamkan Nina sempat menyiapkan penggambaran sebanyak enam babak sebelum bertindak menarik diri untuk pulang ke Amerika Syarikat (AS) atas alasan menjaga bapanya yang sakit tenat.

Fauziah atau Ogy yang dihubungi berkata, Nina awalnya menyertai Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) dan kemudian dihantar ke bengkel lakonan kendaliannya.

“Saya dapat tahu dari kumpulan atau grup chat drama ini yang mengatakan dia tinggalkan set kerana balik AS. Jadi, saya geram juga kerana dia menyusahkan orang. Saya kata kenapa perlu bersikap begini, menyusahkan orang dan penggambaran kena dibuat semula.

“Dia juga sepatutnya ada babak dengan saya tapi belum sempat buat kerana saya balik ke Kuala Lumpur untuk Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) dan mengarah filem pendek,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, setiap pembabitan dalam projek lain akan dimaklumkan terlebih dahulu kepada produksi agar tidak menyusahkan mana-mana pihak.

“Saya tak gemar sikap seperti pelakon ini. Inikah yang banyak pihak agungkan dengan pelakon baharu? Faham tak apabila saya kata melacurkan seni, inilah maksud saya. Budak budak yang tak tahu, tak bijak pandai dari sudut memahami tugas dan tanggungjawab pelakon.

“Kau kena dididik bahawa bukan bermakna masuk bengkel sudah jadi pelakon. Orang sebeginikah yang patut diagungkan?,” katanya.

Pelakon yang sudah memenangi pelbagai anugerah ini meminta penerbit menyaman pelakon terbabit kerana sudah melanggar kontrak.

“Dia jawab fasal bapa dia sakit dan sudah dua tahun dia tak balik jenguk bapanya. Saya kata kalau dah tahu bapa sakit kenapa terima tawaran? Apapun keutamaan kepada bapa.

“Dijawab pula tak tahu kerana sudah dua tahun tak jumpa bapanya akibat Covid-19. Kali akhir jumpa bapanya, dia okey lagi. Akhirnya baru dapat tahu bapanya nazak dan macam-macam lagi.

“Jangan nak mengarut lah dengan saya. Saya dah geram kerana makin teruk industri dengan sikap sebegini. Orang-orang beginikah yang diagungkan untuk dapatkan ‘rating’?,” soalnya.

Ogy tidak mahu berkompromi dalam isu ini dan mengakui berani bersuara kerana dia sudah membuktikan siapa dirinya dalam industri.

“Saya tak takut nak bersuara. Dia kata dengan keputusan begini, dia tahu dia sudah menjahanamkan karier dia. Saya tanya dia semula, ‘in the first place’ kau ada kerjaya ke dalam industri?.

“Saya jadi marah kerana kau menyusahkan orang. Kau langsung tiada rasa hormat dekat pengarah,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat