PM hulur sumbangan kepada mangsa ribut di Parlimen Tambun

- Advertisement -

IPOH – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyalurkan sumbangan kepada 164 keluarga di Taman Klebang Jaya dan Taman Meru 2C yang kediaman mereka terjejas dalam kejadian ribut minggu lepas.

Sumbangan antara RM700 hingga RM1,400 itu disampaikan melalui Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin di Dewan Komuniti Taman Klebang Jaya dan Dewan Serbaguna Taman Meru hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan itu, Shamsul Iskandar berkata sumbangan itu bagi meringankan beban dalam membantu mereka membaiki segala kerosakan akibat kejadian ribut.

“Bantuan yang disampaikan itu juga sebagai manzahirkan rasa simpati dan tanggungjawab Anwar sebagai Ahli Parlimen Tambun kepada penduduk di kawasan diwakilinya.

“Walaupun sentiasa sibuk dengan tugas, beliau selalu ambil berat dan mahu tahu apa berlaku di kawasannya. Apabila berlaku kejadian seumpama ini, beliau tidak menunggu lama untuk bertanya kepada kami apa bantuan dan tindakan yang telah diambil,” katanya.

Shamsul berkata, Anwar juga telah mengarahkan semua agensi berkaitan bencana dan keselamatan serta Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri sentiasa bersiap sedia menghadapi ketidaktentuan cuaca seperti ribut dan banjir.

“Arahan telah dikeluarkan kepada agensi terlibat agar sentiasa bersedia kerana cuaca sekarang tidak menentu pada hujung tahun khususnya polis dan bomba, malah semua jawatankuasa pengurusan bencana negeri.

“Beliau (Anwar) turut menekankan keperluan keberkesanan agensi terlibat dalam menyalurkan bantuan terus kepada rakyat agar mana-mana keadaan bencana yang berlaku dapat ditangani segera,” katanya.

Pada 8 Nov lepas, hujan lebat diikuti angin kencang menerbangkan bumbung rumah 65 penduduk di Klebang Jaya selain menyebabkan siling runtuh namun tiada sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dalam kejadian kira-kira 2 petang itu.

Kejadian sama turut berlaku di Taman Meru 2C Isnin lepas sekitar 4 petang apabila lebih 99 rumah penduduk di Persiaran Taman Meru 22, 24,26 dan 30 mengalami kerosakan di bahagian bumbung. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat