Isu benih padi dipantau rapat kerajaan- Mohamad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ketika ini telah mengambil beberapa langkah drastik dengan memantau ketat kelulusan terhadap 12 pengeluar benih padi sah berdasarkan SOP yang telah ditetapkan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kementerian mengikuti rapat keadaan terkini benih padi sah di pasaran dan mengarahkan semua peruncit menjual pada harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan tiada unsur menyorok benih padi sah.

“Status semasa 7 November 2023, sebanyak 20 lesen telah ditarik dan pada 16 November 2023, dua lagi lesen telah ditarik balik.

“Penetapan harga RM45 sekampit ini dijalankan bagi mengelakkan manipulasi harga benih padi sah dan pembelian tanpa kawalan.

“Pihak kerajaan dan kementerian sentiasa mengawasi situasi benih padi sah agar tiada sebarang masalah sehingga menganggu proses penanaman padi oleh pesawah,” kata Mohamad pada Khamis.

Beliau menyatakan, keperluan benih padi sah semasa adalah sebanyak 72,000 tan metrik atau 3.6 juta kampit 20kg sekampit.

Bagi satu hektar sawah, benih padi sah yang diperlukan adalah pada 7 hingga 10 kampit.

Sebelum ini media melaporkan, terdapat kedai-kedai input pertanian didakwa menjual harga benih padi lebih tinggi daripada yang ditetapkan kerajaan iaitu RM45 sekampit sekali gus membebankan pesawah.

Malah Pengerusi Suara Tani Malaysia, Mohd. Shazwan Suban mendedahkan, terdapat kedai yang mengenakan caj tambahan sehingga harganya mencecah RM50 ke RM56 namun di dalam resit ditulis dengan harga RM45.

Bagaimanapun katanya, pesawah tidak ada pilihan selain terpaksa membayar dengan harga tinggi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat