Merokok penyebab kanser itu fakta, bukan sembang kedai kopi Bintulu – KJ bidas King Sing

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menempelak Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing yang masih tidak percaya merokok menyebabkan kanser meskipun kini sudah tahun 2023.

Kritikan Khairy itu merujuk kenyataan King Sing yang melabel beliau sebagai Menteri Kesihatan yang paling gagal dalam sejarah negara kerana gagal membuktikan secara konsisten bahawa kanser itu berpunca daripada tabiat merokok.

Khairy memaparkan perkaitan tabiat merokok dengan kanser daripada artikel Centers for Disease Control, USA yang menyatakan “merokok boleh menyebabkan kanser hampir di mana sahaja di dalam badan. Merokok menyebabkan kanser mulut dan tekak, esofagus, perut, kolon, rektum, hati, pankreas, peti suara, paru-paru,, trakea, bronkus, buah pinggang,buah pinggang pelvis, pundi kencing dan serviks dan menyebabkan akut leukemia myeloid.

“Ini fakta bukan sembang kedai kopi Bintulu.

“Kini dah tahun 2023 dan masih ada Menteri dari Kerajaan Madani mempersoalkan kaitan merokok dan kanser,” bidas Khairy di InstagramStorynya pada Khamis.

Terdahulu, King Sing berkata, Khairy juga gagal melaksanakan langkah dengan menubuhkan pusat penyelidikan atau institusi berkaitan untuk menganalisis dan menyelidik dengan lebih lanjut mengenai data terperinci pesakit kanser di dalam negara.

“Oleh itu, Rang Undang-Undang (RUU) yang anda (KJ) cadangkan ini tidak mempunyai asas yang kukuh untuk dipertahankan, dan apa yang lebih penting, tidak seharusnya anda menyalahkan menteri lain hanya untuk melampiaskan kekecewaan anda,” katanya di dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau itu menuduh dua menteri di dalam Kerajaan Perpaduan sebagai penghalang RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) daripada dilaksanakan.

Khairy melalui akaun Instagramnya menyatakan dua menter tersebut adalah King Sing dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Mengulas lanjut, King Sing berkata, desakan KJ supaya RUU GEG dikuatkuasakan secara paksa adalah tidak munasabah dan ‘membingungkan’.

“𝐓𝐞𝐫𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐚𝐛𝐚𝐝 𝐤𝐞–𝟐𝟏 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚𝐝𝐮𝐧 𝐢𝐧𝐢, 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐩𝐚𝐤𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐢 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐮𝐦𝐩𝐚𝐦𝐚 𝐢𝐛𝐮 𝐛𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐨𝐭𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐮𝐤𝐮𝐦 𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐮𝐬𝐮𝐥 𝐩𝐞𝐫𝐢𝐤𝐬𝐚.

“𝐓𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬 𝐛𝐞𝐥𝐢𝐚𝐮 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐮𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐑𝐔𝐔 𝐢𝐧𝐢 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐞𝐫𝐥𝐞𝐦𝐛𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐝𝐢𝐤𝐮𝐚𝐭𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧,” katanya.

Tambahnya, beliau sudah beberapa kali menyatakan keraguan terhadap RUU tersebut ketika bersidang di Parlimen dan bertanya kepada Khairy sendiri namun soalannya tidak pernah dijawab secara khusus.

“Apa yang lebih melampau apabila beliau mengeluarkan kenyataan bahawa golongan B40 merupakan kumpulan majoriti yang terjejas dengan penyakit seperti kanser, sakit jantung dan penyakit berkaitan paru-paru akibat komplikasi merokok.

“𝐇𝐚𝐤𝐢𝐤𝐚𝐭𝐧𝐲𝐚 𝐫𝐚𝐦𝐚𝐢 𝐩𝐞𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭 𝐤𝐚𝐧𝐬𝐞𝐫 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐢 𝐬𝐞𝐣𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐫𝐨𝐤𝐨𝐤, 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐣𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐢𝐝𝐮 𝐚𝐬𝐚𝐩 𝐫𝐨𝐤𝐨𝐤 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐞𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐡𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚. 𝐉𝐚𝐝𝐢, 𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐢𝐭 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐧𝐬𝐞𝐫 𝐢𝐧𝐢 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧?” soalnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat