Harimau Malaya ketinggalan 1-2 kepada Kyrgyzstan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Harimau Malaya ketinggalan 1-2 kepada Kyrgyzstan selepas tamat babak pertama aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Anak buah Kim Pan Gon bermula garang apabila mendahului seawal minit ketujuh selepas Dion Cools menanduk masuk bola sepakan penjuru Arif Aiman Hanapi.

Arif Aiman hampir menggandakan jaringan pada minit ke-21, namun percubaannya sedikit tersasar di penjuru kanan pintu gol Kyrgyzstan yang dikawal Tokotaev Erzhan.

Usaha Kyrgyzstan untuk menyamakan kedudukan akhirnya berhasil menerusi jaringan Kayrat Zhyrgalbek pada minit ke-42 selepas berlaku situasi kelam kabut di hadapan pintu gol Harimau Malaya.

Kealpaan benteng pertahanan Harimau Malaya sekali lagi dihukum skuad kendalian Stefan Tarkovic dan kali ini giliran Ernist Batyrkanov mencipta nama selaku penjaring pada minit ke-44. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat