Najib Beri Bayangan Mungkin “Kawan” Semula Dengan Tun M Dan Shafie

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menolak kemungkinan UMNO akan bergabung dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Susulan hantaran di Facebooknya hari ini, bekas Perdana Menteri itu dalam nada berseloroh berkata, beliau tidak ingin mengkritik lebih-lebih terhadap Datuk Seri Shafie Apdal kerana mungkin mereka akan bergabung bersama tidak lama lagi.

“Tapi saya pun tak nak terlebih kritik Shafie sebab terbaca berita pagi ini bahawa kononnya ada kemungkinan kita (UMNO) akan bersama dia (Shafie) dan Atok (Tun Dr Mahathir Mohamad) dalam gabungan politik yang sama,” catat Najib.

Hari ini, Shafie yang juga bekas Ketua Menteri Sabah mempertahankan keputusannya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah selepas kerajaan Warisan pimpinannya diganggu-gugat pihak tertentu.

Bahkan, katanya, beliau rela mati dalam gelanggang politik daripada menyerahkan kerajaan, biar rakyat tentukan.

Hal demikian, Najib membidas katanya,
Shafie langsung tak menyesal mengadakan PRN Sabah daripada mengembali kembali kuasa sebagaimana dia rampas kuasa walaupun ianya telah menyumbang kepada tercetusnya gelombang ketiga Covid-19 di seluruh Sabah dan Malaysia.

“Dia tetap sanggup mati. Dia kata biarkan dia mati dalam gelanggang politk walaupun ramai yang mati akibat Covid-19,” ujarnya.

Merujuk perkembangan politik terkini, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa memberitahu hasrat membentuk kerjasama penyatuan ummah dalam skala lebih besar merangkumi parti-parti bebas yang berpendirian menolak Pakatan Harapan (PH).

Annuar memaklumkan “grand coalition” itu mungkin termasuk beberapa parti bebas atau menolak PH boleh dibawa bersama.

Antaraya parti Warisan, Muda ,Pejuang, Berjasa, IPF, Makkal, PCM dan lain-lain.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat