Neitzel sah jurulatih Selangor

- Advertisement -

CYBERJAYA: Selangor jelas begitu serius untuk kembali menuntut status mereka sebagai antara kuasa besar bola sepak tempatan apabila Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mengesahkan mereka mengikat bekas pemain Jerman, Karsten Neitzel untuk musim depan.

Perkembangan itu disahkan Timbalan Presiden FAS, Datuk Seri Shahril Mokhtar yang menjelaskan Neitzel bakal mengemudi pasukan utama Selangor sekali gus meneruskan agenda yang sudah disusun Pengarah Teknikal, Micheal Feichtenbeiner yang ketika ini menjadi pemangku jurulatih skuad utama.

Jelasnya, bekas pembantu jurulatih Urawa Reds itu berjaya ‘menewaskan’ beberapa calon lain yang disenaraikan sebelum ini sekali gus disifatkan sebagai calon yang paling ideal dalam misi mengembalikan kegemilangan bola sepak The Red Giants.

“Setakat ini, apa yang saya boleh sahkan adalah FAS memang sudah menandatangani Neitzel sebagai jurulatih baharu Selangor. Namun untuk tiga lagi nama yang dikaitkan itu, mungkin Neitzel mempunyai perancangannya yang tersendiri.

“Barisan kejurulatihan sedia ada pun cukup baik dan melakukan tugas mereka dengan bagus. Tetapi kalau kita memerlukan perubahan ataupun penambahan dari segi struktur kejurulatihan, mungkin kita akan pertimbangkan.

“Mungkin dengan adanya penambahan beberapa lagi jurulatih, mereka boleh membantu menurunkan ilmu mereka bukan sahaja kepada pasukan utama tetapi kepada pasukan pembangunan, Piala Belia dan juga Piala Presiden,” katanya.

Terdahulu, ‘Revolusi Jerman’ dijangka dapat disaksikan di Selangor pada musim depan selepas Transfermarkt melaporkan empat jurulatih dari Jerman dikaitkan dengan perpindahan ke Selangor iaitu Neitzel, Carsten Nulle, Lorenz Baumann dan Marco Grimm.

Mengulas lanjut mengenai pemilihan Neitzel, Shahril mengakui bekas pemain Dynamo Dresden itu memenuhi kriteria yang diperlukan untuk menjadi jurulatih skuad utama Selangor.

“Kita mahukan pembaharuan dan setiap pembaharuan yang dilakukan, pasti ada risikonya. Tetapi selepas penilaian dibuat, kita melihat Neitzel sangat sesuai dan boleh bekerja dengan baik bersama Feichtenbeiner sebagai Pengarah Teknikal.

“Antara perancangan kita adalah untuk mewujudkan DNA Bola Sepak Selangor di mana semua pasukan akan menggunakan corak dan taktikal permainan yang sama.

“Feichtenbeiner sudah meletakkan batu asas yang baik pada musim ini dan memberikan kita momentum yang baik. Kami berpendapat Neitzel mampu meneruskan perancangan ini,” katanya.

-UTUSAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat