Bantuan Prihatin Pahang Manfaat Semua Golongan Masyarakat -MB Pahang

- Advertisement -

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang sentiasa mendengar keluh kesah yang dihadapi oleh rakyatnya ketika wabak penularan pandemik Covid-19 yang semakin membimbangkan dan situasi ekonomi negara yang kurang memberangsangkan.

Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Ismail berkata, kerajaan negeri sedaya boleh meneruskan perjuangan bagi memastikan kebajikan setiap lapisan masyarakat di negeri Pahang terjaga melalui Bantuan Prihatin Pahang.

Ketika mengumumkan Bantuan Prihatin Pahang tersebut, Wan Rosdy menjelaskan sebanyak RM513,500 diperuntukan kepada 2,054 golongan warga emas. Golongan tersebut akan menerima sumbangan one-off sebanyak RM250 . Dan sumbangan one-off RM250 kepada 33,973 orang kelainan upaya (OKU) yang melibatkan perbelanjaan RM8,493,500.

“Kenaikan Bantuan Am Kerajaan Negeri daripada RM300 sebulan kepada RM350 sebulan kepada 3,014 penerima melibatkan peruntukan RM1,808,400 setahun,

“Sumbangan one-off RM750 kepada 1,032 imam yang melibatkan peruntukan RM774,000,

“Sumbangan one-off RM250 kepada 888 bilal dan 889 siak yang melibatkan perbelanjaan RM444,250,” kata Wan Rosdy ketika mengumumkan Bantuan Prihatin Pahang melalui Belanjawan Pahang 2021, di Dewan Undangan Negeri, disini.

Selain itu, Wan Rosdy juga turut mengumumkan pemberian one-off RM100 kepada 24,000 pelajar Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan yang bakal memasuki alam persekolahan Darjah 1 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM2.4 juta. Katanya lagi, kerajaan negeri juga akan memperuntukan RM168,750 untuk sumbangan one-off RM250 kepada S43 Pengerusi JKKK, 62 Pengerusi JKKB dan 70 Pengerusi JKKR.

Bagi peserta e-Kasih miskin tegar, kerajaan negeri akan memberi bantuan one-off RM250 kepada 1,594 peserta yang terlibat dengan peruntukan RM398,500 dan peruntukan sebanyak RM840,000 setahun untuk Elaun Tambahan Guru Al-Quran dan Fardhu Ain Asrama kepada 350 orang dengan kadar RM200 seorang.

“Peruntukan RM1 juta kepada Maahad Tahfiz yang berdaftar dengan Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP),

“301 orang Tok Batin menerima sumbangan one-off RM250 yang melibatkan perbelanjaan RM75,250,

“ Peruntukan token RM10,000 untuk diagaihkan kepada 52 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti yang melibatkan jumlah perbelanjaan RM520,000,” ujarnya lagi.

Ketika membentangkan Belanjawan Pahang 2021 itu juga, Wan Rosdy juga mengumumkan kerajaan negeri akan meneruskan pemberian sebanyak RM200 kepada pasangan yang berkahwin kali pertama. -SuaraTV

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat