Petisyen pulangkan Najib digerakkan, rayu pengampunan diraja

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Satu petisyen “Pulangkan Najib” digerakkan Pemuda Umno sebagai permohonan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan pengampunan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh menegaskan, petisyen ini bukan soal politik tetapi lebih kepada keadilan kepada insan yang bernama Najib Razak yang terlalu banyak berjasa pada negara kita Malaysia.

“Kita memohon dan merayu kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan pengampunan buat Najib atas ketidakadilan yang diterima oleh beliau sepanjang kes beliau dibicarakan.

“Atas sebab inilah, Najib perlu dipulangkan kepada keluarga dan kehidupan beliau seperti apa yang kita sedang nikmati sekarang,” katanya.

Menurut Akmal, petisyen ini digerakkan atas tujuan mengumpul dan membuktikan sokongan dan solidariti bagi mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong buat bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6,Najib.

“Ini bukan hanya soal politik,ini adalah soal keadilan kepada insan yang bernama Najib Razak yang terlalu banyak berjasa pada negara kita Malaysia.

“Nyatakan sokongan anda dengan menekan pautan dan mengisi petisyen di 🔗https://forms.gle/toP4iLWNB6cDrJDd8,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat