Konsert ‘Cromok Forever In Time’ bersempena ulang tahun ke 30 ‘Cromok’ yang telah berlansung pada 14 Oktober lepas bertempat di Zepp Kuala Lumpur, telah berlangsungnya satu persembahan yang menakjubkan dangan persembahan yang penuh dengan tenaga hingga mengegarkan panggung dewan pada malam itu.
Di angkat sebagai ‘Masterpiece’ bersempena meraikan ulang tahun yang ke 30 album ‘Forever In Time Cromok menjadikannya satu persembahan yang bergitu luar biasa dan menjadi kenangan yang susah untuk dilupakan buat peminat-peminat ‘Cromok’.
Lagu “Memories” di pilih sebagai pembuka tirai panggung tepat jam 8.30 malam, keasyikan petikan gitar Karl dengan gabungan deraman geram suara Sam, membelai buai penonton yang rata – ratanya peminat tegar Cromok yakni digelar “Cromers” yang telah memenuhi dewan panggung sejak awal lagi.
Keajaiban malam persembahan diteruskan dengan lagu-lagu dari album album – album mereka seperti “Castaway”, “Colour of Truth”, “Stranger”, “Somewhere Anywhere”, “Unicorn” dan “Suffer”, dan seterusnya penonton disajikan dengan tayangan video yang menceritakan perjalanan 30 tahun album teragung tersebut.
Nuansa gabungan sistem bunyi yang bergitu bertenaga, berkumandang deras ke setiap jiwa yang hadir, dihujani pula oleh olahan sistem lampu yang bergemerlapan seakan seluruh dewan tersebut berada dalam setiap lagu yang dipersembahkan dari album – album mereka seperti “Image of Purity”, “Forever In Time”, “Yours Truly”, “Mean, Meaner, Meanest” dan banyak lagi.
Maka tidak hairanlah konsert anjuran Digent Media ini mendapat sambutan di luar jangkaan, tiket – tiket habis terjual dan mencapai tahap “Sold Out”. Kejayaan pihak penganjur mengumpulkan lebih dari 2300 peminat tegar Cromok dalam satu acara disamping memastikan segala – galanya berjalan dengan lancar haruslah diberi pujian dan semoga kekal cemerlang untuk acara – acara yang akan datang.
Tidak mudah untuk kekal sebagai sebuah kumpulan dalam tempoh lebih 30 tahun dan untuk terus relevan perlu ada persefahaman yang kukuh di antara setiap anggota Cromok. Itulah ringkasan yang dapat diceritakan pada tayangan video yang dipaparkan kepada penonton setiap kali selesai setiap set persembahan mereka.
Set seterusnya menghidangkan lagu – lagu seperti “Little One”, “Punishment Hour”, “IC”, “The Other”, “Seedling”, “Final Ticking” dan “Obsessed”. Pemilihan dan susunan lagu juga dilihat memainkan peranan dalam memantapkan lagi penjelajahan kisah keraian ke 30 tahun album yang merangkul anugerah platinum berganda ini.
Rakaman video “Wall of Fame” yang belum pernah ditayangkan dimana media menyajikan detik – detik penting Cromok dan beberapa pengalaman pahit manis mereka mengimbau nostalgia para peminatnya pada era kebangkitan kumpulan yang bergenre “Thrash Metal” atau lebih tepat lagi “Thrashitional” ini.
Persembahan pada malam itu diterajui oleh tonggak utama Cromok iaitu Karl sebagai gitar utama dan Sam sebagai vokalis dan pemain bass, dibantu oleh Shah Sidious sebagai gitar kedua dan Apis Cropox sebagai pemain drum yang menggantikan Miji yang tidak dapat beraksi pada malam itu disebabkan faktor kesihatan.
Penglibatan para pemuzik tradisional seperti angklung, cak lempong dan seruling bambu yang mengiringi Cromok pada malam itu juga memberikan suatu keserian dan kelainan yang diluar jangkaan.
Di hujung persembahan mereka, satu berita penting dan sedih buat peminat Cromok diumumkan, dimana Miji selaku pemain drum terpaksa mengundurkan diri dari Cromok. Pengunduran diri ini dibuat atas sebab faktor kesihatan dan spiritual, Miji juga sangat berharap para Cromers memahami keputusan beliau itu.
Sebagai tanda ucapan selamat tinggal buat Miji, Cromok telah menyampaikan lagu “Farewell” dengan penuh emosi sebelum melabuhkan tirai konsert dengan lagu “Journey”.
Cromok- Forever In Time – 30th Anniversary, suatu persembahan penuh nostalgia yang akan dikenang oleh setiap mata jiwa yang hadir pada malam itu. Mata – mata yang menjadi saksi bahawa Cromok akan terus ada, terus teguh dan terus relevan.