Apa status Dasar Gaji Progresif?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Dasar Gaji Progresif yang dipelopori Kementerian Ekonomi tidak disebut dalam ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2024 pada Jumaat lalu.

Podcast Keluar Sekejap yang dimuat naik pada Isnin menganggap Dasar Gaji Progresif mungkin tidak akan dilaksanakan pada tahun depan.

Shahril Hamdan berkata,ada dua perkara yang tidak disebut dalam Belanjawan 2024 iaitu Dasar Gaji Progresif dan sistem Pangkalan Data Utama (Padu).

“Dasar Gaji Progresif yang mana Menteri Ekonomi (Rafizi Ramli) mempelopori idea tersebut dan mengatakan hanya beberapa minggu yang sudah bahawa akan ada insentif tunai kepada syarikat untuk menjayakan Dasar Gaji Progresif ini.

“Naikkan gaji staff mereka tapi saya rasa beliau (Perdana Menteri)tak sebut dalam ucapan, tak ada lah tu,” katanya.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyebut dua perkara yang beliau dengar belum lagi siap iaitu butiran berkenaan Dasar Gaji Progresif.

“…apa yang syarikat-syarikat yang buat Dasar Gaji Progresif akan dapat insentif atau dari segi potongan cukai dan Padu tak siap lagi.

“Saya rasa penting untuk sebut perkara ini sebab Perdana Menteri dah bagi isyarat bahawa rasionalisasi subsidi akan berlaku yakni orang lebih kaya, berada, pendapatan lebih besar akan dapat subsidi yang kurang daripada apa yang mereka nikmati pada hari ini tapi siapa yang layak? Itu dalam sistem Padu.

“Padu ialah Pangkalan maklumat baru yang dibangunkan Kementerian Ekonomi yang guna data daripada pelbagai sumber bukan hanya sumber Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menunjuk siapa yang layak terima subsidi, ia agak mengejutkan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat