Bersatu Pertahan Kerajaan Kita- Hamzah

- Advertisement -

LARUT – Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainudin menyeru semua kepimpinan politik melayu untuk bersatu merentasi perbezaan parti politik dalam memastikan tiada perpecahan berlaku khususnya menjelang Pilihanraya Umum (PRU) akan datang.

“Kita semua satu keluarga yang besar. Tiada guna kita bergaduh dalam arena politik sesama kita sendiri. Kalau ada masalah, berjumpa dan selesaikan dengan hemah.

“Kita semua perlu sentiasa bersatu bagi memastikan kerajaan ini akan terus berkuasa,” katanya

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri menyatakan perkara tersebut dalam ucapannya ketika merasmikan Program Ramah Mesra dan Bantuan Kotak Makanan bersama penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kurau, Sekolah Rendah Kampung Rapoh di sini.

Hamzah turut menegaskan pecah belah dalam kalangan parti yang membentuk kerajaan hari ini hanya akan merugikan parti dan membuka peluang pihak lawan (Pakatan Harapan) menjadi kerajaan dan akhirnya merugikan rakyat.

“Untuk itu, bila kita sudah bersatu. Jangan ada lagi pecah belah”, ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,581FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat