Penggunaan Ivermectin Boleh Sebabkan Kemandulan Lelaki – Kajian

- Advertisement -

ABUJA, Nigeria – Satu kajian dari penyelidik tiga universiti di Nigeria mendedahkan bahawa penggunaan ubat Ivermectin memberi impak negatif pada sistem pembiakan lelaki, lapor Suara.com, semalam.

Menurut kajian itu, Ivermectin yang pernah tular sebagai ubat anti Covid-19 boleh menjejaskan jumlah penghasilan dan kualiti sperma lelaki.

Berdasarkan data yang diperoleh daripada kajian, sebanyak 85 peratus daripada lelaki yang mempunyai sejarah pengambilan Ivermectin menjadi mandul atau menuju ke arah kemandulan.

“Terdapat penurunan yang signifikan dikesan dalam jumlah sperma lelaki yang pernah menggunakan ubat Ivermectin.

“Kami menjalankan kajian ini ke atas 385 individu yang mengalami penyakit buta sungai atau Onkosersiasis bagi mengenalpasti kesan Ivermectin pada penghasilan sperma mereka,” demikian menurut kajian tersebut.

Baru-baru ini, banyak berita tular mengenai keberkesanan Ivermectin dalam mencegah Covid-19 di seluruh dunia yang dinafikan oleh pakar kesihatan. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,578FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat