#PRNSabah : Bersatu Cuma Merajuk, Tapi Tiada Unsur Sabotaj

- Advertisement -

INANAM – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengakui rakan sekutu Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) masih merajuk kerana tidak diberikan kerusi yang diminta dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Namun, Bung yang juga Pengerusi UMNO Sabah itu memberi jaminan bahawa pimpinan dan penyokong Bersatu tidak wujud unsur sabotaj di kalangan rakan Gagasan Rakyat Sabah (GRS).

Bung berkata demikian mengulas kenyataan calon BN, N.17 Darau, Datuk Jumat Idris yang memberitahu, penyokong Bersatu di kawasannya tidak turun membantunya berkempen kerana masih merajuk.

“Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tak hadir program ini bukan kerana merajuk tapi beliau ada komitmen lain yang tak dapat elak. Tapi kita rasa penyokong Bersatu di Darau masih mahu bertenang “cooling period”.

“Sebab mereka (Bersatu) ada juga minta bertanding di Darau, biasalah ada merajuk sedikit…tapi tidak ada unsur sabotaj,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat