TikTok Memilih Oracle, Bukan Microsoft Sebagai Rakan Teknologi Baru Mereka

- Advertisement -

SELAMA beberapa bulan terakhir, semua orang terpaku pada telefon mereka ketika menunggu kemas kini berita larangan TikTok – aplikasi yang secara dramatis telah mengubah budaya digital.

Setelah perintah eksekutif Presiden Trump pada bulan Ogos yang memaksa ByteDance menjual TikTok, nasib pencipta video kegemaran ramai itu nampaknya tidak menentu. Namun, mereka tidak akan ke mana-mana kerana TikTok telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Oracle. Tetapi adakah kerajaan AS akan meluluskan perjanjian ini?

Apabila India melarang aplikasi perkongsian video ini pada bulan Jun, pengguna TikTok Amerika bimbang aplikasi tersebut akan turut dilarang di AS setelah Setiausaha Negara Mike Pompeo mengumumkan pada awal bulan Julai bahawa mereka ingin melarang TikTok kerana masalah keselamatan negara.

Kerana TikTok dimiliki oleh syarikat China ByteDance, ia berada di bawah kawalan pemerintah Komunis China. Ini menimbulkan kebimbangan di seluruh dunia kerana terdapat tuduhan bahawa TikTok berkongsi maklumat peribadi dengan pemerintah China – walaupun TikTok menafikan tuduhan ini.

TikTok merasakan bahawa Pentadbiran Trump mengabaikan penjelasan mereka dan ketegangan hubungan negara itu dengan China yang membawa kepada tuntutan TikTok terhadap pentadbiran tersebut.

Trump tidak percaya kepada China dan turut menyalahkan negara itu berikutan wabak Covid-19 yang melanda negara itu sekarang, dikenalpasti sebagai sebab kenapa Trump tidak mahu mengambil risiko membiarkan data privasi rakyat Amerika diuruskan sebuah syarikat dari China.

Sejak bulan lepas, TikTok telah menarik minat beberapa pembeli seperti Microsoft dan Walmart, tetapi ramai menyangka Microsoft akan menjadi pemilik baru aplikasi tersebut.

Bagaimanapun semalam, Microsoft mengumumkan bahawa TikTok menolak bidaan mereka.

Hari ini, Oracle secara rasmi mengesahkan bahawa ia telah dipilih untuk menjadi “penyedia teknologi dipercayai” TikTok. Walau bagaimanapun, sukar untuk mengetahui dengan tepat apa maksudnya.

Oracle adalah syarikat perisian yang menjual perisian dan perkhidmatan cloud kepada syarikat untuk membantu mereka mengurus dan meningkatkan perniagaan mereka.

Sebagai “rakan teknologi,” Oracle mungkin membenarkan TikTok menggunakan infrastruktur ‘cloud’nya, yang akan menarik lebih banyak perniagaan untuk menjadi pelanggan Oracle dan meningkatkan keselamatan data TikTok.

Sejak pengumuman perjanjian Oracle dengan TikTok, stok Oracle telah meningkat hampir 6% kerana TikTok adalah platform besar dengan lebih dari 2 bilion muat turun di seluruh dunia. Dengan TikTok, pendapatan Oracle pasti meningkat secara mendadak kerana mereka akan menguasai salah satu rangkaian media sosial paling popular di dunia.

Walaupun begitu, kebanyakan orang gembira TikTok diselamatkan, tetapi perjanjian itu masih perlu disetujui oleh Rumah Putih. Dalam beberapa minggu terakhir, terdapat khabar angin bahawa China akan melarang ByteDance menjual algoritma ke AS; namun, untuk mengelakkan larangan, ByteDance mesti menjual 100% syarikat – termasuk algoritma mereka.

Algoritma adalah ciri TikTok yang paling berharga kerana halaman ‘Untuk Anda’ memberikan setiap pengguna pengalaman yang berasingan berdasarkan penglibatan mereka dan juga membolehkan sesiapa sahaja menjadi viral, tidak kira apa yang diikuti.

Dari kenyataan Setiausaha Perbendaharaan Steve Mnuchin, tidak jelas apakah TikTok bersetuju untuk menjual algoritma kepada Oracle.

Menurut kenyataan Setiausaha Mnuchin kepada CNBC, mereka menerima cadangan ByteDance pada hujung minggu dan akan mengkaji kesepakatan minggu ini. Mnuchin berkata, dia akan bercakap dengan Oracle dalam beberapa hari akan datang untuk memastikan data dan telefon di Amerika selamat dengan perjanjian ini.

Walaupun perincian perjanjian Oracle dengan TikTok belum dikeluarkan, peminat TikTok begitu gembira kerana mereka tidak perlu mengucapkan selamat tinggal kepada aplikasi kegemaran mereka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat