Penahanan Jasmine lengkap ‘serpihan’ siasatan polis terhadap 1MDB – IGP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas peguam 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan yang juga sekutu rapat ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas siasatan polis selesai.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata pihak polis masih memerlukan Jasmine untuk melengkapkan banyak siasatan terhadap skandal kewangan berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berkata, penahanan Jasmine melengkapkan lagi ‘serpihan-serpihan’ siasatan yang sedang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak beberapa tahun lalu.

“Insya-Allah kita memang ke arah itu (serpihan siasatan),” lapor BH pada Rabu.

Sebelum ini dilaporkan , Jasmine yang ditahan polis akan mendedahkan semua fakta dan keadaan sepanjang berada di luar negara dan diburu pihak berkuasa.

Firma guaman AmerBON yang mewakili Jasmine dalam satu kenyataan dilaporkan berkata, sekutu rapat Jho Low itu yang masih dalam buruan, bersedia membuat pendedahan apabila tiba masa yang sesuai.

Kenyataan itu menyebut, Jasmine mempunyai kepercayaan dan keyakinan mutlak terhadap sistem kehakiman dan perundangan negara serta bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan.

Bloomberg sebelum ini melaporkan, penyiasat Switzerland yang menjalankan siasatan jenayah berhubung skandal 1MDB, memburu pengarah eksekutif Casey Tang dan Jasmine berkaitan pemindahan AS$700 juta yang didakwa dilakukan secara haram.

Pada 4 Disember 2018, Mahkamah Majistret mengeluarkan waran tangkap terhadap Jho Low, Jasmine, Casey, bekas pegawai 1MDB, Geh Choh Heng dan sekutu rapat Jho Low, Eric Tan Kim Loong.
Waran tangkap itu dikeluarkan selepas mereka gagal hadir di mahkamah bagi menghadapi tujuh pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan 1MDB.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat