PAS berjaya ubah Kelantan dari ‘Paris of Malaya’ kepada negeri Merakyat Membangun Bersama Islam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pentadbiran PAS berjaya mengubah Kelantan yang pernah digelar ‘Paris of Malaya’ kerana menjadi lubuk pelacuran, perjudian dan tempat maksiat kepada sebuah negeri Merakyat Membangun Bersama Islam.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohamad Kamal Mohamed berkata, selama 33 tahun mentadbir dan memerintah, Kelantan diuji dan ditekan.

“Sebelum 1990, rata-rata masyarakat tidak pernah terfikir bahawa Islam boleh dijadikan asas kepada pentadbiran sebuah kerajaan.

“Apatah lagi di sebuah negeri yang pernah digelar ‘Paris of Malaya’ kerana menjadi lubuk pelacuran, perjudian dan tempat maksiat.

“Namun, PAS Kelantan berjaya mengubah persepsi tersebut apabila Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan dasar Membangun Bersama Islam di negeri serambi Mekah ini.

“23 tahun pertama Kelantan melalui fasa pembinaan sehingga menjadi contoh buat negeri serta negara lainnya,” kata Mohamad Kamal dalam kenyataan pada Rabu.

Seterusnya kata beliau, legasi pentadbiran tersebut diteruskan oleh Datuk Ahmad Yakob dan Datuk Mohd Amar sepanjang dua penggal menerajui kerajaan negeri.

“Diperkenalkan Merakyat Membangun Bersama Islam.

“Beliau memilih untuk memperkasakan lagi dasar MBI dengan melaksanakan cara dan pendekatan sedikit berbeza agar dasar itu dapat dihayati rakyat di peringkat akar umbi.

“Beliau juga menjadi perintis kepada hubungan erat kerajaan negeri dan pusat,” katanya.

Menurut Mohamad Kamal, kunjungan demi kunjungan dibuat atas konsep federalisme yang menjadi titik tolak kepada pembangunan di Kelantan.

“Dengan pendekatan yang diamalkan Ustaz Ahmad, Kelantan menerima banyak manfaat dalam pembangunan tanpa terurai dasar Islam yang menjadi kekuatan kerajaan negeri.

“Maka 10 tahun ini Kelantan telah melalui fasa pengukuhan. Dalam 10 tahun ini, Kelantan berjaya pertahankan keharmonian kaum dan agama di sana.

“Kelantan berjaya meneruskan rekod pentadbiran bebas rasuah selama 33 tahun, Kelantan telah dan sedang melaksanakan pelbagai projek kemajuan pembangunan, Kelantan diikitiraf mempunyai pengurusan cemerlang.

“Kelantan terus menggerakkan pelbagai inisiatif kebajikan rakyat, Kelantan melaksanakan semua manifesto yang dijanjikan.

“Kelantan mencatatkan nilai tambah dalam pencapaian sektor pertanian. Kelantan menggerakkan penyelesaian berterusan bagi mengatasi masalah air. Kelantan merekodkan peningkatan bagi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

“Kelantan meneruskan agenda pembangunan insan di setiap lapisan pendidikan. Dan Kelantan terus kukuh dengan dasar-dasar Islam yang menjadi asas pentadbiran. Selama 33 tahun mentadbir dan memerintah, Kelantan diuji dan ditekan. Namun Kelantan tetap berjaya meletakkan suatu anjakan paradigma.

“Tahniah Kelantan! Tahniah barisan kepimpinan! Tahniah rakyat Kelantan! Semoga Kelantan terus maju, rakyat sejahtera,” ucapnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat