PM Britain mengaku kalah, ucap tahniah kepada Keir Starmer

- Advertisement -

LONDON – Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak mengakui berdepan kekalahan dalam pilihan raya Britain dan menyatakan bahawa Parti Buruh telah menang pada Jumaat.

Malam yang memalukan bagi Sunak, parti konservatif diramalkan mengalami prestasi terburuk dalam sejarah panjang parti itu.

Ini dapat dilihat apabila pengundi menghukum parti disebabkan krisis kos sara hidup, perkhidmatan awam yang gagal, dan terjebak skandal pertaruhan tarikh pilihan raya umum Britain itu.

Sunak mengakui kekalahan dan mengatakan beliau telah menghubungi pemimpin Parti Buruh, Keir Starmer untuk mengucapkan tahniah di atas kemenangannya.

Sunak mengumumkan tarikh pilihan raya pada 22 Mei, dalam satu kenyataan di luar Downing Street, mengejutkan partinya kerana beliau masih mempunyai enam bulan untuk berbuat demikian.

Pilihan raya umum (PRU) Britain menyaksikan Parti Buruh Britain dijangka membentuk kerajaan dengan kemenangan besar.

Difahamkan, pemimpin Parti Buruh, Keir Starmer Starmer, mungkin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri UK yang baharu hari ini selepas Raja Charles III secara rasmi menjemput mereka untuk membentuk kerajaan. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat