UKMC, UiTM Kedah & MCCS berkolaborasi anjur Riang Ria Mandarin Bahasa & Budaya

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

MERBOK – Kelab Bahasa Mandarin (UKMC) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Kedah yang berkolaborasi dengan Pertubuhan Kebudayaan Cina Malaysia (MCCS) Cawangan Kedah menganjurkan program Riang Ria Mandarin: Bahasa dan Budaya merupakan satu inisiatif yang sangat baik.

Naib Pengerusi MCCS Cawangan Kedah,Tan Nee Hong berkata demikian dalam ucapan perasmian progam itu di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, melalui program ini, pelajar UiTM bukan sahaja dapat mempelajari bahasa Mandarin malah memahami dan menghargai budaya serta adat resam masyarakat Cina di negara ini.

Beliau berharap agar semua peserta dapat menyertainya dengan penuh semangat dan memanfaatkan setiap peluang untuk belajar serta dapat berinteraksi dengan kaum Cina.

Katanya, pengalaman yang diperolehi melalui program ini akan menjadi aset berharga untuk masa depan.

Beliau mengucapkan tahniah kepada para pensyarah dan ahli jawatankuasa
UKMC, UiTM Kedah atas usaha murni mereka untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat yang diharapkan.

Dalam pada itu, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM Cawangan Kedah, Dr. Nor Azrina Mohd Yusof berkata, tujuan utama program ini dapat meningkatkan penguasaan bahasa Mandarin dan pemahaman budaya Cina di kalangan pelajar UiTM serta peserta dari komuniti luar.

Menurutnya, aktiviti yang dijalankan termasuk demonstrasi memasak ketupat Cina dan membuat ladu (dumpling) bertujuan untuk memberi peserta pengalaman praktikal dalam mempelajari keunikan budaya Cina.

“Ini selaras dengan matlamat UiTM untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan luas, berfikiran terbuka dan bersikap inklusif.

“Program ini bukan sahaja dapat memperkayakan pengetahuan dan pengalaman malah dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama antara kita semua,” katanya.

Beliau berharap usaha yang baik ini akan diteruskan pada masa hadapan dan UiTM terus cemerlang dalam usaha memupuk perpaduan dan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia.

Dalam pada itu, Penasihat Kelab Bahasa Mandarin, Cik Lee Chai Chuen@Rachel Lee berkata program ini telah mendapat sambutan yang sangat baik, dengan menarik lebih kurang 150 orang peserta.

Katanya, selain pelajar penduduk dari KRT Taman Lembah Bujang dan ahli jawatankuasa MCCS Cawangan Kedah turut serta dalam program ini.

Sementara itu, pengarah program ini, Nurkamilia Qistina Hafiza berkata, aktiviti seperti Mandarin Explorace dan pakaian tradisional Cina memberi manfaat kepada pelajar di sini mengetahui budaya dan makanan tradisional Cina.

Program ini bukan sahaja berjaya menarik minat peserta, malah memberikan mereka pengalaman praktikal yang berharga.

Jurucakap UKMC memaklumkan, program yang berlangsung sehari ini turut mengetengahkan permainan eksplorasi Mandarin, dan pakaian Tradisional Cina.

Selain itu, ceramah mengenai budaya makanan yang memberi fokus kepada membuat makanan tradisional Cina iaitu dumpling@jiaozi oleh Rachel Lee dan ketupat Cina@kuih chang oleh Tan Nee Hong.

Dumpling mempunyai kulit yang diperbuat daripada tepung gandum, berintikan isi yang pelbagai jenis seperti udang segar, daging dan juga sayur-sayuran seperti cili, halia, cendawan serta herba.

Manakala beras pulut yang di isi dalam daun buluh sebelum dibentuk segi tiga bagi menghasilkan ketupat Cina.

“Pensyarah bahasa Mandarin UiTM, Aneesa Syaheeda Mohd Taufik Tee bersama ibu bapanya turut hadir mengadakan demonstrasi memasak dumpling dan kuih chang.

Selain itu, barisan pensyarah bahasa Mandarin UiTM dan ahli jawatankuasa UKMC turut membimbing dan mengajar pelajar memahami proses pembuatan kuih tradisional Cina itu serta mencubanya sendiri, ”kata jurucakap itu lagi. – SUARA.TV

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat