Rachel Lee & Dr. Nor Azrina manfaatkan aplikasi WhatsApp, mantapkan pelajar kuasai bahasa Mandarin

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

SUNGAI PETANI – Dua tenaga pengajar Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) Kampus Kedah, Lee Chai Chuen@ Rachel Lee dan Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar), Dr. Nor Azrina Mohd Yusof @ Ghani menggunakan kaedah menguasai bahasa Mandarin melalui aplikasi talian WhatsApp ternyata membuahkan hasil.

Rachel dan Dr. Nor Azrina berusaha berganding bahu supaya pelajar UiTM yang berbangsa Melayu boleh menguasai bahasa Mandarin dengan baik.

Menurut Rachel, bahasa Mandarin telah dituturkan secara meluas pada hari ini, walaupun terdapat hampir 100,000 karakter namun kira-kira 2,500 sahaja yang sering digunakan dalam pertuturan harian dan penulisan.

Menurutnya lagi, di dalam kelas mereka akan diajar sistem rumi ‘hanyu pin yin’ iaitu mengeja bunyi dan menyebut perkataan dengan betul.

Namun di luar kelas saya gunakan talian WhatsApp untuk merangsang minda pelajar berfikir secara kreatif.

Di atas talian ini, setiap hari mereka dikehendaki menulis sebanyak sepuluh perkataan (hanzi) iaitu huruf atau karakter Cina yang mudah dan ringkas bagi memahirkan mereka bertutur dan menulis dengan baik.

“Kaedah ini amatlah efektif digunakan sedikit sebanyak dapat membantu mereka mengusai memahami makna sesuatu perkataan dengan cepat dan tepat.

“Di sebalik setiap karakter mengandungi maksud tersendiri, jika sudah mahir, mereka mampu bertutur dan menulisnya dengan baik,” katanya kepada Wartawan SUARA.TV baru-baru ini.

“Bahasa ini tidak akan berkembang jika mereka tidak berusaha mengamalkannya, justeru itu haruslah berlatih dengan berbual sesama rakan penutur khususnya dengan orang Cina.

“Bagi memantapkan penguasaan pelajar, Institut Kong Zi, Universiti Malaya (UM) telah menjalankan Hanyu Shuiping Kaoshi (HSK) iaitu ujian bagi menilai tahap kefasihan seseorang dari segi penulisan, komunikasi pendengaran dan membaca.

“Selain itu, mengajak Institut Kong ZI, UM berkolaborasi bersama kami melalui program budaya Mandarin,” katanya.

Rachel yang memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang bahasa Mandarin dari UM merupakan Penasihat Kelab Mandarin UiTM Kampus Kedah (UKMC) adalah penerima Anugerah Penasihat Terbaik UiTM Kedah 2018 kategori kebudayaan.

Di atas daya usahanya , pelajar UiTM Kedah telah berjaya menjuarai pertandingan Dikir Barat Bahasa Mandarin peringkat UiTM 2013.

Lebih unik, mereka boleh membuat persembahan gabungan drama muzikal dan wayang kulit dalam dialek Mandarin yang berkisahkan lagenda perayaan kuih bulan sempena perayaan ini pada 2015, anjuran kerajaan negeri Kedah.

Pada 2016 mereka telah menyertai pertandingan Sketsa Muzikal Mandarin yang membuat persembahan beberapa babak-babak lucu filem Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dengan sajian lagu malar segarnya dalam bahasa Mandarin.

Disamping itu, UKMC telah membuat pengambaran rakaman video filem berdurasi pendek di Hong Kong dan Guangzhou yang diadaptsikan dalam versi Mandarin, telah disiarkan melalui saluran You Tube.

UKMC juga berkolibrasi dengan Mandarin Club of Beijing Language and Culture University (BLCU) menganjurkan Program Love & Respect Malaysia dan China di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Poi Chee, Malau pada 28 Ogos 2018,” ujar Rachel.

Sementara itu, kepakaran Dr. Nor Azrina yang juga Penasihat UKMC turut membantu pelajar UiTM Kedah melakar kejayaan demi kejayaan apabila diberi pengiktirafan oleh The Malaysia Book of Records pada 2019 tercatat sebagai ‘The Most Number of 3D Paper Cuttings in One Hour’.

Beliau yang mahir berbahasa Mandarin berkata, seramai 73 orang pelajar UiTM Kedah dan 20 pelajar Sekolah Menengah Merbok telah berjaya menghasilkan sebanyak 2,835 keratan kertas tiga dimensi karakter tradisional Cina ‘Chun’ bermaksud musim bunga hanya tempoh sejam sahaja, pada 24 April 2019.

“Saya menggalakkan pelajar sentiasa serius walaupun sebagai bahasa tambahan perlu berani bertutur, ianya boleh membantu dalam karier kelak di samping bermanfaat suatu hari nanti.

“Kejayaan tidak akan datang bergolek sebaliknya perlu berusaha tanpa mengenal penat dan komitmen yang berterusan mempelajarinya lama kelamaan anda akan boleh,”katanya.

“Kombinasi, usaha gigih dan semangat positif Rachel dan Dr. Nor Azrina cukup manis apabila kejayaan mereka sebagai tenaga pengajar banyak terpapar di dada akhbar mengukir nama UiTM Kedah. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat