Pakaian Sukan Olimpik boleh akur, hanya BlackRock tak boleh U-turn- Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi mengkritik tindakan Kerajaan Perpaduan yang dilihat tidak berganjak untuk menjual sebahagian pegangan saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kepada GIP-BlackRock meskipun diasak rakyat.

Sedangkan kata Puad, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) boleh buat U-turn berkaitan reka bentuk pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Jelas Puad, MOM akur pandangan rakyat.

“Ia sudah tentu melibatkan kos. Ada kesan pembaziran.

“Tetapi imej dan daya saing negara lebih penting. Isu ekonomi nombor dua,” ujar Speaker DUN Johor itu memuji langkah MOM.

Tetapi kata beliau, BlackRock beli saham MAHB tidak boleh U-turn walaupun rakyat membantah.

“Siapa kata isu ini tidak jejas imej negara?

“Rakyat akan simpan dalam hati,” tegas Puad.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat