Saya ingat dia gila talak – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — “Saya ingat dia (Annuar Musa) gila talak,” begitu jelas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi apabila Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa menuduhnya mengugut para pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, melalui ucapan di Sungai Bakap semalam bukan saranan dan bukan janji.

Menurutnya jika diteliti ucapan tersebut adalah cadangan supaya sebuah sekolah Tamil yang telah dibatalkan itu dihidupkan semula.

“Ia adalah munasabah untuk penduduk di Nibong Tebal khususnya di Sungai Bakap yang terdiri dari anak-anak orang India untuk diberi pendidikan di sekolah Tamil.

“Ketiga, semua daerah telah ada pusat aktiviti warga emas. Tapi di sebelah Seberang Perai Selatan khususnya di Sungai Bakap, masih belum diwujudkan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Hari Anugerah Pendidik Mara 2024, di sini, hari ini.

Jelasnya semalam, dua projek bakal dilaksanakan jika Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap itu adalah kerana beliau dimaklumkan bahawa peruntukan itu telah ada.

“Malam tadi saya cadangkan supaya sebuah sekolah agama yang telah dibatalkan, dihidupkan semula. Kerana saya dimaklumkan peruntukan telah ada ketika itu, tetapi disalurkan ke tempat lain.

Oleh itu beliau mencadangkan agar peruntukan yang telah sedia ada itu digunakan selepas PRK Sungai Bakap.

“Saya diberitahu peruntukannya telah ada, sebab itu saya mencadangkan projek-projek tersebut diwujudkan,” katanya.

Tan Sri Annuar Musa sebelum ini berkata, kenyataan Ahmad Zahid mengenai dua projek bakal dilaksanakan jika PH memenangi PRK DUN Sungai Bakap seolah-olah bersifat ugutan kepada pengundi.

Annuar berkata, Ahmad Zahid dilihat menghina pengundi DUN Sungai Bakap yang mana seolah-olah tidak akan beri projek tertentu jika PH kalah di PRK berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat