Spekulasi Kedudukan Hamzah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pelbagai spekulasi timbul mengaitkan nama Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri berhubung rancangan pembentukan kerajaan baharu yang berlangsung di i Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur semala.

Spekulasi timbul setelah Tan Sri Muhyiddin Yassin meluahkan hasrat untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tinggi Bersatu dan dijangka menghantar surat peletakan jawatan ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, hari ini.

Untuk rekod, sejak dilantik Mac 2020 yang lalu, Hamzah Zainudin menerajui Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan semua jabatan di bawahnya dengan mutu perkhidmatan yang cemerlang serta efisien kepada masyarakat.

Isu perkauman, penyebaran berita palsu sehingga mengganggu gugat ketenteraman awam adalah antara cabaran yang perlu dihadapi Hamzah Zainudin sehingga membawa perubahan dalam menerajui portfolio itu.

Perkara yang perlu diberi tumpuan oleh beliau ialah masalah membabitkan pendatang asing tanpa izin di negara ini, termasuk yang masuk sebagai pelancong tetapi tidak pulang ke negara asal dan tinggal melebihi tempoh yang ditetapkan.

Dalam pada itu, ketika beliau menyandang jawatan Timbalan Menteri Luar, Hamzah juga berjaya membawa pulang empat anak pasangan Malaysia yang ditahan oleh pihak berkuasa Sweden atas dakwaan penderaan pada tahun 2014.

Selain itu pada tahun yang sama juga Hamzah jadi pernah ditugaskan untuk menjadi pelobi untuk mendapat sokongan dari negara-negara dunia dan Malaysia berjaya memenangi Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) dengan memperoleh 187 jumlah undi.

Hamzah juga pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Waris Penumpang MH17 yang bertanggungjawab dalam membuat rundingan bagi mendapatkan Black Box bagi pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Donetsk, timur Ukraine, berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai 2014.

Terdahulu pada 2019, Hamzah turut menjadi individu yang bertanggungjawab dalam penganjuran Kongress Maruah Melayu hingga berjaya menghimpunkan kesemua pemimpin politik melayu tanpa mengira blok parti diatas pentas yang sama.

Hamzah, 64, yang juga Ahli Parlimen Larut sejak 2008, pernah menyandang beberapa jawatan dalam Kerajaan Persekutuan antaranya sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Timbalan Menteri Luar dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat