Ismail Sabri gagal dapat sokongan kumpulan 15, krisis politik baharu

- Advertisement -

Putrajaya – Apa yang dirancang sebagai peralihan kuasa licin dari Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Timbalannya, Datuk Seri Ismail Sabri mungkin tidak menjadi kenyataan dan membawa negara kepada krisis politik terbaharu.

Ismail Sabri, Naib Presiden UMNO, telah mendapat sokongan 100 orang ahli Parlimen dalam blok kerajaan sedia ada. Namun sehingga pagi ini, kumpulan serpihan 15 orang ahli Parlimen UMNO yang menarik sokongan terhadap Muhyiddin, enggan menyokongnya.

100 sokongan terhadap Ismail Sabri setakat ini adalah melalui Bersatu (31), PAS (18), STAR (1), PBS (1), UMNO (23), MCA (2), MIC (1), PBRS (1), GPS (18), Bebas (4).

Sementara itu Anwar Ibrahim dipercayai mempunyai sokongan 92 orang melalui PKR (35), DAP (42), PAN (11), PSB (2), UPKO (1), Bebas (1).

Selebihnya 28 ahli Parlimen dilihat tidak membuat apa-apa keputusan menyokong mana-mana pihak buat masa ini. Blok Ahmad Zahid Hamidi (UMNO -15), Pejuang (4), Warisan (8) dan bebas seorang.-SuaraTV

Previous article
Next article
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat