Bersatu mahu bolot 15 kerusi PRN Negeri Sembilan yang semestinya tidak boleh ditunaikan PN – Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Bersatu sudah membuat pengumuman bertanding menggunakan logo sendiri dan ini beerti Bersatu secara sukarela memilih untuk mufarakah dari Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Annuar Musa berkata, di pihak PN soal calon, kerusi dan lambang hanya akan dimuktamadkan pada 16 Julai 2026 jam 9.30 pagi melalui Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi PN .

“Pilihan Bersatu untuk mendahului keputusan MT PN adalah hak mereka dan kita harus menghormatinya.

“Keputusan itu bukan sesuatu yang memeranjatkan kerana sejak bulan lalu (sebelum penamaan calon PRN Johor) kita telah dimaklumkan serta diberi bukti dan maklumat secara hitam putih, perancangan Bersatu untuk menghidupkan satu platform politik yang lain, selain PN.

“Kita juga memahami dari awal penentangan Bersatu secara konsisten terhadap usaha penyatuan dan muafakat Melayu serta menolak usaha membuka PN kepada lebih banyak parti Melayu yang lain.

“Apa jua alasan yang digunakan untuk bertanding dengan logo sendiri di PRN Negeri Sembilan, kita fahami terutama bila Bersatu sebenarnya telah memaklumkan secara rasmi kepada jawatankuasa perundingan kerusi PN,hasrat mahu 15 kerusi (wish list) bagi PRN Negeri Sembilan, yang sudah pasti tidak tertunai oleh PN yang mempunyai 6 parti gabungan serta jumlah kerusi yang kurang dari 15. Tidak mungkin semua mesti dibolot Bersatu,” jelas Annuar.

Justeru kata beliau, keputusan menggunakan logo sendiri adalah terbaik bagi Bersatu dan perlu dihormati.

“Bersatu kini bebas untuk bertanding 15 kerusi atau lebih dalam PRN Negeri Sembilan ini.

“Bagi Pas, penyatuan ummah kita dahulukan, bukan jumlah kerusi.

“Kita ucap selamat maju jaya kepada Bersatu,” ujar Annuar.

Sementara itu, dalam kemas kini terbaharunya AJK Pas Pusat itu memaklumkan, mesyuarat lima parti komponen PN pagi ini akan memuktamadkan kerusi bertanding dan logo yang bakal digunakan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat