Tengku Adnan Dibebaskan Atas Tuduhan Rasuah

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan Tengku Adnan atas tuduhan rasuah, sabitan dan hukuman penjara 12 bulan serta denda RM2 juta diketepikan.

Panel hakim, Datuk Suraya Othman dan Datuk Ahmad Nasfy Yasin bersetuju bahawa keputusan yang dibuat berdasarkan keterangan Tan Sri Chai sebelum ini dan keterangan daripada pegawai sisatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Saad Bordani yang mengesahkan sumbangan wang sumbangan tersebut adalah sumbangan politik.

Datuk Suraya mendapati bahawa keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Zaini Mohd Mazlan tidak memiliki arah yang jelas dan tersalah arah.

Dengan sebab itu, panel hakim membuat keputusan bahawa tertuduh harus dibebaskan.

Pada 21 Disember tahun lalu, Tengku Adnan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta selepas Mahkamah Tinggi mendapati beliau bersalah.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan Ahli Parlimen Putrajaya itu untuk menangguhkan hukuman sementara menunggu rayuan.

Tengku Adnan, 70, didakwa dalam kapasitinya sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan, menerima RM2 juta daripada Pengarah Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB), Tan Sri Chai Kin Kong melalui cek didepositkan ke dalam akaun bank milik syarikat Tadmansori Holdings Sdn Bhd yang beliau mempunyai kepentingan dan diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan tugas rasminya.

-ASTRO AWANI

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat