Amaran TPM Kepada Pengilang, ‘Jangan Cabar Kerajaan’

- Advertisement -

CYBERJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi amaran kepada pengilang dan premis perniagaan agar tidak mencabar kerajaan.

Katanya, masih banyak pengusaha kilang dan premis perniagaan yang masih melanggar prosedur standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Sehingga kini ujarnya, sebanyak 180 kilang serta premis perniagaan telah ditutup sehingga 14 Julai.

“Jangan cabar arahan kerajaan, ini amaran saya kepada kilang dan premis perniagaan yang masih berdegil melanggar SOP.

“Rakyat lain boleh bersabar, kenapa masih ada pihak masih berdegil dan merupakan penyumbang utama.

“Saya berbesar hati kepada netizen, penduduk sekitar dan rakyat yang sentiasa memberi maklumat pada pihak berkuasa terhadap mereka yang rakus dan tamak ini,” katanya melalui Facebook. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat