Nelissa buat sehabis baik

- Advertisement -

KEMUNCULAN Nelissa Nizam melakonkan watak Maria yang juga watak baharu dalam drama bersiri Budak Tebing 2, berjaya menarik perhatian penonton.

Nelissa, 23, atau Nell mengakui gembira drama 13 episod yang baharu berakhir tayangannya minggu lalu membawa khabar gembira buatnya.

“Saya sangat bersyukur apabila diberikan peluang berlakon drama popular ini. Saya memang mengikuti tayangan musim pertamanya dulu.

“Apabila ditawarkan berlakon, saya rasa gementar kerana drama ini disiarkan di TV3 yang mempunyai jumlah penonton yang ramai. Selalunya saya berlakon untuk drama stesen TV lain. Jadi, saya buat sehabis baik kerana sedar pendedahan yang lebih tinggi terhadap karier saya,” katanya.

Menurutnya, menerusi media sosial ramai yang memberikan respons terhadap watak lakonannya.

“Saya dapat lihat watak itu jadi perhatian. Memang saya dah berlakon banyak drama, tapi dulu orang tak berapa perasan kewujudan saya.

“Syukur selepas ini rezeki saya masih dengan TV3 menerusi drama SiTikTok yang bergenre komedi. Kalau dalam Budak Tebing 2 watak agak serius, apa salahnya saya cuba komedi. Saya suka teroka perkara baharu dalam karier,” katanya.

Nelissa pertama kali berlakon menerusi drama episod Dia Semanis Honey pada 2016.

Biarpun pembabitan dalam lakonan atas desakan ibunya, dia berjaya menunjukkan lakonan berkesan sebagai Dahlia.

“Saya berusia 18 tahun dan baharu habis SPM ketika itu. Mulanya tak minat, tapi emak yang bersungguh-sungguh nak saya berlakon.

MAHU bergelar pelakon yang mempunyai pakej sempurna termasuk dalam pelajaran.
MAHU bergelar pelakon yang mempunyai pakej sempurna termasuk dalam pelajaran.

“Emak ada agensi pelakon untuk iklan komersial dan saya pun bermula dari situ. Selepas itu baharu saya buat keputusan melebarkan lagi langkah dalam industri lakonan.

“Kemudian saya perlahan-lahan buat kandungan di media sosial dan sertai banyak kelas lakonan seperti dengan ibu Fauziah Nawi, Taiyuddin Bakar dan Najwa P Ramlee kerana saya nak jadi pelakon yang ada pakej lengkap,” katanya.

Menurutnya, untuk drama Budak Tebing 2, dia sekali lagi mengambil kelas lakonan dengan Fauziah secara peribadi.

“Saya serius untuk jadi pelakon yang berjaya. Jadi, saya tak perlu rasa terbeban untuk timba ilmu. Walaupun hanya 13 episod, penggambaran Budak Tebing 2 ambil masa dua bulan kerana banyak sekatan. Ia satu pengalaman baharu untuk kami.

NELISSA menonjol dengan watak Maria dalam Budak Tebing 2.
NELISSA menonjol dengan watak Maria dalam Budak Tebing 2.

 

“Selepas Budak Tebing 2 meletup, saya perasan bahawa tanggungjawab orang yang ada platform media sosial amat berat,” katanya.

Nelissa mengingatkan dirinya supaya perlu berfikir dan menapis terlebih dahulu setiap hantaran dan kenyataan.

“Saya sekarang lebih berhati-hati. Menerusi platform ini, saya nak sebarkan unsur positif dan jauhkan perkara negatif.

“Saya nak lakukan lebih banyak perkara selepas ini seperti wakil motivasi dan menjadi sebahagian daripada mereka yang sedikit sebanyak membantu mencorak generasi baharu.

“Selain itu, saya juga baharu memulakan pengajian untuk ijazah dalam Komunikasi Massa (Komunikasi Interpersonal) secara separuh masa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Syukur saya berjaya dapat sijil dekan dalam semester pertama,” katanya yang mahu serba boleh bukan saja dalam lakonan, tetapi juga nyanyian dan pengacaraan.

Kagum pengorbanan ibu

Nelissa yang juga anak kedua daripada empat beradik kagum dengan pengorbanan ibunya yang membesarkan mereka sendirian sejak kecil.

“Sejak usia saya tiga tahun, mama besarkan kami tanpa penat. Pada saya ia sangat okey. Dibesarkan oleh mama sebagai ibu tunggal buatkan saya lebih berdikari.

 

SERTAI kelas lakonan untuk mantapkan karier.
SERTAI kelas lakonan untuk mantapkan karier.

 

“Saya pun tak bergantung pada sesiapa dalam hidup kerana kena buat sendiri pelbagai perkara. Alhamdulillah banyak yang saya belajar pada usia muda dan ia membantu apabila saya meningkat dewasa. Saya sekarang sangat tegas dengan apa keputusan yang dibuat,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat