Najib Berjaya Batal Saman Deepak

“Mana Dia Mau ‘Curi’ Tanah Begitu Banyak?” – Bung Moktar

LAHAD DATU: Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini mempersoalkan janji pemimpin Warisan Sabah untuk memberikan 5 ekar tanah kepada setiap...

Najib Nak Jentik Pemimpin UMNO Lompat Parti

PANTAI MANIS - Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu beliau sedia menerima semula pimpinan UMNO yang melompat parti tetapi kepala mereka akan dijentik supaya...

Komander Siber Warisan Bongkar Penipuan Kerajaan Negeri

PANTAI MANIS – Fenomena salah ubah dikalangan penyokong kuat Parti Warisan Sabah (Warisan) semakin membuak-buak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, 26 September ini. Bekas...

MT UMNO, Razlan Rafii Dilaporkan Positif Covid-19 Kata Sumber

Kota Kinabalu - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Rafii dilaporkan positif Covid19 selepas berkempen di kawasan parlimen Sipitang. Menurut sumber yang dihubungi SuaraTV sebentar...

Saya Rasa Pinggang Macam Dah Nak Patah Kata Najib

Papar - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata akan tetap membantu jentera Barisan Nasional (BN) walaupun berdepan dengan jadual...

Kuala Lumpur – Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini membatalkan tuntutan saman difailkan oleh Pengarah Carpet Raya Sdn Bhd, JR Deepak Jaikishan terhadap bekas perdana menteri, Najib Razak, isterinya, Rosmah Mansor dan ahli parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim.

Pesuruhjaya Kehakiman, Quay Chew Soon membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Najib, Rosmah dan Abdul Azeez bagi membatalkan saman yang difailkan terhadap mereka pada 2018 berhubung cukai yang dialami selepas didakwa bertindak sebagai proksi bagi pasangan itu.

Peguam David Mathews, mewakili Najib dan Rosmah sebagai defendan, memberitahu pemberita bahawa Pesuruhjaya Kehakiman itu membuat keputusan selepas mendengar permohonan itu dalam kamar,

Hadir sama peguam Prem Ramachandran dan Arwinder Kumar, yang bertindak bagi Abdul Azeez manakala Irzan Iswat Mohd Noor dan Nasbal Harun mewakili Deepak dan dua lagi plaintif, iaitu Carpet Raya, dan adiknya J Rajesh, yang juga pengarah syarikat itu.

Mathews berkata mahkamah membenarkan permohonan membatalkan saman itu atas alasan kes plaintif jelas tidak dapat dikekalkan.

“Pernyataan tuntutan tidak mendedahkan alasan yang munasabah berhubung tindakan itu kerana elemen penting untuk menyokong tuntutan konspirasi merosak, misfeasans dalam kedudukan awam dan melanggar tugas tidak dapat dipertahankan,” katanya.

Peguam itu berkata mahkamah mengarahkan plaintif membayar kos RM15,000 kepada pasangan itu dan RM10,000 kepada Abdul Azeez.

Pihak defendan mengemukakan permohonan membatalkan saman tersebut pada 24 Sept, 2019 atas alasan ia menyusahkan dan plaintif tidak mempunyai alasan untuk bertindak menyaman mereka.

Terdahulu, dalam saman yang difailkan pada 15 November 2018, Deepak mendakwa antara 2004 dan 2010, beliau dan syarikat bertindak sebagai ejen kepada Najib dan Rosmah dalam urus niaga tanah serta urusan perniagaan seperti yang diarahkan oleh pasangan itu.

Beliau juga mendakwa defendan ketiga (Abdul Azeez) bertindak sebagai ejen untuk Najib dan Rosmah untuk menjalankan urus niaga serta bertindak sebagai perantara antara pasangan dan plaintif kedua,Carpet Raya.

Deepak mendakwa, hasil transaksi itu, beliau menerima surat dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), bertarikh 2 Mac 2018 supaya menyelesaikan tunggakan cukai yang dikenakan oleh Carpet Raya dan cukai pendapatannya, berjumlah lebih RM6 juta tidak termasuk caj penalti dan faedah.

Deepak mendakwa dia menerima surat berkenaan selepas hubungannya dengan pasangan itu menjadi keruh pada tahun 2012.

Ia berikutan keengganannya untuk mematuhi arahan mereka dalam kes sivil yang melibatkan penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

Plaintif mendakwa Najib dan Rosmah turut mengarahkan tindakan undang-undang dibuat terhadap Carpet Raya dan petisyen penggulungan difailkan terhadap syarikat itu pada 22 Mac 2017 oleh LHDN malah petisyen itu disiarkan di akhbar tempatan.

Mereka mendakwa akibat petisyen itu, perniagaan dan reputasi semua plaintif terjejas dan Deepak juga dilarang meninggalkan negara ini selain kemudahan perniagaan mereka ditarik balik oleh Maybank manakala kontrak syarikat dengan IKEA dibatalkan.

Mereka mahu mendapatkan pengisytiharan mahkamah, Najib dan Rosmah bertanggungjawab membayar tunggakan cukai yang dikenakan terhadap syarikat itu.

Mereka juga mahu ganti rugi sebanyak RM500,000 yang dibayar kepada Maybank; RM47 juta untuk ketidakupayaan syarikat untuk memenuhi kontrak dan jualannya; RM74 juta untuk pembatalan kontrak syarikat dengan IKEA; RM200 juta kerana dakwaan fitnah dan RM37 juta kerugian yang disebabkan oleh salah laku Najib.

Mereka juga mahu ganti rugi teladan sebanyak RM100 juta. – Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

“Mana Dia Mau ‘Curi’ Tanah Begitu Banyak?” – Bung Moktar

LAHAD DATU: Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini mempersoalkan janji pemimpin Warisan Sabah untuk memberikan 5 ekar tanah kepada setiap...

Najib Nak Jentik Pemimpin UMNO Lompat Parti

PANTAI MANIS - Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu beliau sedia menerima semula pimpinan UMNO yang melompat parti tetapi kepala mereka akan dijentik supaya...

Komander Siber Warisan Bongkar Penipuan Kerajaan Negeri

PANTAI MANIS – Fenomena salah ubah dikalangan penyokong kuat Parti Warisan Sabah (Warisan) semakin membuak-buak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, 26 September ini. Bekas...